Pelakon terkenal Hollywood mendedahkan dia sudah bersedia untuk meningkatkan lagi kemahirannya untuk menjadi sebagai juruterbang meluncur ke angkasa lepas demi penggambaran filem yang seterusnya, kelak.
Menurut laporan Mirror.co.uk, aktor yang berusia 52 tahun itu masih berbincang dengan Universal Films Entertainment Group untuk mendapatkan persetujuan serta perjanjian untuk menuju ke stesen angkasa antarabangsa bersama dengan pelakon dan kru penggambaran yang terlibat.
Tom turut memaklumkan misi untuk melakukan penggambaran di angkasa lepas sudah tertangguh sejak pandemik lalu dan dia mahu meneruskan usahanya itu memandangkan Covid-19 sudah reda.
Bukan itu sahaja, pihak Universal mengatakan mereka juga berminat untuk meneruskan usaha Tom itu memandangkan pengerusi syarikat Donna Langley sedang mencari idea untuk mencapai projek itu.
“Saya rasa Tom mampu membawa kami ke angkasa lepas dan sekali gus membawa dunia ke luar angkasa. Itulah perancangan kami.
“Kami mempunyai satu projek hebat bersama pelakon itu untuk menaiki roket ke stesen angkasa lepas,” katanya.
Sekadar info, Tom dikatakan pernah menjalinkan kerjasama dengan yarikat SpaceX milik jutawan Elon Musk untuk ke angkasa lepas namun, sehingga ke hari ini masih tiada pengesahan yang dibuat oleh syarikat itu.
Sumber: @Mirror.co.uk (Ayeesha Walsh)