Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tambah 400 Meter, PM Umum LTSIP Bakal Jadi Lapangan Terbang Antarabangsa

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) akan menjadi lapangan terbang antarabangsa selepas meninjau fasiliti dan kemudahan yang disediakan di terminal baharu LTSIP fasa satu yang sudah mula beroperasi.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, Anwar memaklumkan bahawa kerajaan bersedia untuk menambah 400 meter lagi landasan di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan semalam.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Penambahan itu akan menjadikan LTSIP sebagai lapangan terbang antarabangsa.
“Kita akan laksanakan secepat mungkin. Bila siap nanti jemaah haji akan terbang terus dari Kota Bharu ke Jeddah,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri Peringkat Negeri Kelantan yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baru Tunjong, Kota Bharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan MADANI sangat terbuka untuk mendengar setiap permasalahan diutarakan oleh rakyat dan akan melaksanakannya sebagai memenuhi tanggungjawab kepada kepercayaan yang diberikan rakyat.

Foto: FB UPKN Kelantan

“Fokus kerajaan ketika ini melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat,” ujar beliau.

Sementara itu, pengoperasian fasa pertama terminal LTSIP dikatakan mampu menampung sehingga 1.5 juta penumpang manakala pembinaan fasa kedua yang akan dilaksanakan serta-merta pula dijangka dapat menampung seramai empat juta penumpang.

Selain itu, terminal baharu tersebut memiliki lebih 20 kaunter penerbangan, parkir kenderaan bertingkat, laluan khas untuk pemandu teksi, balai bomba dan penyelamat terminal, pertambahan ruang tempat meletak kapal terbang dan sistem operasi tanpa tunai LTSIP bagi memberi kemudahan kepada penumpang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB UPKN Kelantan

Untuk makluman, projek pembesaran dan menaik taraf LTSIP tersebut melibatkan kos sebanyak RM440 juta.

Sumber: Sinar Harian (Hazelen Liana Kamarudin)

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Lokal

Ibu kepada Al Fateh Fikry Amri, Sabrina Hakiem Zaini akan kembali bertugas sebagai guru selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini. Foto: Facebook Sinar...

Dunia

Puteri Wales, Kate Middleton berkongsi kelegaan selepas beliau selesai jalani rawatan kemoterapi yang telah berlangsung selama sembilan bulan menersui sebuah video yang sangat peribadi....

Politik

Perikatan Nasional (PN) pertaruh Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Kluang, Mohamad Haizan Jaafar atau turut dikenali sebagai Coach Haizan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd