Jenama cermin mata popular, Gentle Monster, baru-baru ini mengeluarkan koleksi cermin mata baharu yang dipanggil JENTLE SALON, hasil kolaborasi bersama ahli BLACKPINK, Jennie.
Memetik artikel Koreaboo, koleksi kali ini menampilkan maskot capybara yang comel serta panah, hati dan bintang comel lain yang menjadi aksesori bagi cermin mata tersebut.
Walau bagaimanapun, koleksi itu telah dikecam dengan tuduhan menciplak daripada jenama barang kemas lokal, YVMIN.
Menurut khabar angin, YVMIN berkongsi siaran dan cerita di akaun Instagram mereka yang menunjukkan persamaan antara jenama mereka dan Jennie, seperti cermin mata hitam dengan busur.
Walaupun tuduhan ciplak terhadap jenama adalah serius, namun, terdapat bukti bahawa ia mungkin telah direka oleh pengguna Instagram yang berbeza dalam cubaan untuk menjadikannya seolah-olah YVMIN membuat tuduhan semata.
yvmin is not a small brand, they collaborated with UGG and a popular brand in kpop also, the charm thing is already gm's own signature the teddy bear is a very popular product and jennie made it with capybara and yvmin did not make those products for glasses ++ pic.twitter.com/iylRU2653F
— mortisu (@hiladiesmuwh) April 30, 2024
Walau bagaimanpun, tiada sebarang kenyataan yang dibuat bagi kedua-dua pihak dan isu ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan peminat menerusi aplikasi X.
Terdahulu, Gentle Monster dan Jennie Kim telah berkolaborasi untuk satu lagi kerjasama yang memecahkan rekod dunia fesyen.
Koleksi ini terdiri daripada lapan bingkai berbeza, yang boleh disesuaikan di mana-mana sahaja, dan disertakan bersama 11 chains yang menggambarkan gaya Jennie yang gemarkan kasual tetapi berorientasikan perincian.
Sumber: Koreaboo