Pelakon jelita, Kriti Sanon mendedahkan dia pernah menolak tawaran sebuah filem arahan pengarah popular, Karan Johar untuk melakonkan babak yang melibatkan aksi ranjang dalam filem tersebut.
Jelas aktres yang berusia 32 tahun itu, dia memaklumkan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memegang watak dalam filem tersebut namun, dia terpaksa menolak gara-gara tidak dapat keizinan daripada ibunya.
“Siapa yang tidak mahu berlakon dalam filem arahan Karan Johar kan? Semua pelakon menginginkannya termasuk saya. Namun saya terpaksa menolak tawaran tersebut kerana ibu tidak membenarkannya,” ujar Kriti.
Bagaimanapun, dia terpaksa akur dengan permintaan ibunya untuk tidak mengambil tawaran tersebut memandang sudah dari awal insan tersayangnya itu memberi nasihat supaya tidak menerima sebarang babak yang melibatkan adegan intim.
Difahamkan, Kiara Advani adalah selebriti yang diberi tanggungjawab untuk menggantikan tempat Kriti dan secara tidak langsung telah menaikkan nama pelakon itu dalam perfileman Bollywood.
Sumber: Kosmo (Mohammad Shahemy Azmi)