Peminat Korea Drama atau nama lainya K-Drama pasti kenal pelakon terkenal, Koo Hye Sun yang popular menerusi drama Boys Over Flowers yang pernah menjadi fenomena dalam kalangan netizen.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna @koo hye sun fan di laman TikToknya, kelihatan aktres itu hadir ke sebuah majlis dan berdiri di hadapan media yang berpusu-pusu mengambil gambarnya.
@kuhyesunlatino HOY la directora y actriz Koo Hye Sun asiste al evento de alfombra roja para la ceremonia de apertura del ’27º Festival Internacional de Cine de Busan’ #구혜선 #KooHyeSun #GooHyeSun #KuHyeSun .
Dalam video itu, kelihatan pelakon yang berusia 37 tahun itu tersipu malu apabila media mengambil gambarnya dan apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilannya yang sangat ringkas.
Nampak berisi la!
Bukan itu sahaja, ada netizen turut mendakwa berat badan Koo Hye Sun mengalami peningkatan dan mereka menyukai bentuk badan pelakon itu yang terkini.
Berisi macam ini baru cantik, menggoda!
Malah, keadaan bentuk badannya itu membuatkan ramai netizen tergoda dan nampak lebih sihat serta cantik berbanding penampilannya sebelum ini.
Sumber: TikTok @koohyesunfan