Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPKT Umum Peruntukan RM5.21 Juta Tingkatkan Infrastruktur Hulu Selangor

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM5.21 juta kepada penduduk Hulu Selangor semasa lawatan kerja sempena Program Sentuhan Kasih KPKT di Kuala Kubu Bharu, Selangor.

Menerusi satu kenyataan, Menterinya Nga Kor Ming berkata, KPKT komited meneruskan Program Sentuhan Kasih KPKT berdasarkan keperluan dan sebagai salah satu inisiatif dalam memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk Hulu Selangor.

“Inilah sentuhan kasih yang akan menjana ekonomi setempat dan membawa kemakmuran kepada penduduk di kawasan ini.,” katanya hari ini.

Beliau berkata, peruntukan tersebut meliputi 14 buah projek bernilai RM4.82 juta, yang mana sebanyak RM4.16 juta disalurkan melalui Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) dan RM664 ribu disalurkan kepada MPKK di Hulu Selangor.

“Projek tersebut meliputi kerja-kerja menaik taraf seperti tandas awam Pejabat Utama MPHS kepada tandas pintar, pagar di sekeliling gelanggang bola keranjang di Kg. Chuang Rasa, gelanggang pelbagai guna di Kampung Baru Tambahang, Kg. Stesyen (Ulu Yam Lama) dan Dewan Utama Dato’ Abdul Hamid, Batang Kali,” ujar beliau.

Selain itu, cadangan membaik pulih dan menaik taraf turut dilaksanakan yang melibatkan 10 unit gerai MPHS di Jalan Abdul Hamid, Pasar Awam Rasa, tandas astaka dan tandas Padang B di Taman Tasik Millenium, tandas di Taman Awam Jejarum atau Bukit Beruntung (4 kubikel).

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Membaiki dan menaik taraf tandas awam Medan Selera dan pasar di Batang Kali, menaik taraf sistem perparitan dan kolam takungan Taman Ehsan Ibu dan melakukan kerja-kerja menurap semula jalan di Kg. Baru Bukit Chandang dan menurap semula jalan sedia ada serta menaik taraf longkang di Kampung Baru Kuala Kubu,” katanya.

Beliau juga berkata, KPKT telah meluluskan peruntukan RM 250 ribu kepada Persatuan Penganut Dewa Siaw Kong dan Dewi Lee Ma, RM127,050 kepada Pertubuhan Berhala Sri Sithi Vinayagar untuk kerja-kerja membaiki keadaan bangunan rumah ibadat yang lama dan uzur.

“Peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM50 juta bantuan kewangan yang disalurkan oleh Kerajaan Perpaduan kepada organisasi Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) di seluruh negara tidak kira agama Hindu, Buddha, Kristian, Sikh dan Tao. jelas beliau lagi.

Sementara itu, Kor Ming turut menyalurkan peruntukan sebanyak RM10,000 dalam usaha meningkatkan kecekapan pasukan bomba sukarela semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Bomba Sukarela Jalan Padang Tembak di Kuala Kubu Bharu.

Kor Ming turut meninjau projek Program Rumah MADANI Rakyat di Kampung Air Panas yang telah siap dan diserahkan kepada penduduk bagi menggantikan rumah usang dan tidak selamat untuk didiami.

Untuk makluman, KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) akan sentiasa bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara bagi merealisasikan perancangan pembangunan demi meningkatkan mutu perkhidmatan dan kesejahteraan rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd