Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Lakar Satu Lagi Sejarah Baru, Andalusia Meterai MoU Bersama Saudi Airlines

Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd meterai memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat penerbangan Saudi Airlines (Saudia) pada Khamis.

MoU ini ditandatangani bagi pembelian 70,000 tiket penerbangan dengan nilai kontrak hampir Rm230 juta bagi tahun 1446 hijrah 2024/2025.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-Undang Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd., Ida Riswana Idris berkata setakat ini pihaknya telah berjaya menjual lebih 11,300 pakes umrah.

“Melalui suntikan semangat hasil dari MoU ini, pastinya akan menggerakkan seluruh jentera Andalusia dari 53 cawangan dan hampir 1,500 pegawai pemasaran untuk terus berjuang membuka jalan agar lebih ramai dapat mengerjakan umrah.
“Objektif Andalusia ialah, tidak lain tidak bukan selain daripada menyantuni seramai mungkin para dhuyufurrahman, tetamu Allah mengerjakan ibadah umrah dan haji,” katanya dalam satu kenyataan.

Ida Riswana turut berkata pakej Andalusia 1446H ini bakal bermula pada 11 Julai ini disamping menyatakan ramai yang telah mula merancang untuk mengerjakan umrah bagi tahun ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Andalusia meterai MoU bersama Saudi Airlines

Sementara itu, Ida Riswana turut menyatakan dengan MoU ini, ia memberi jaminan buat jemaah bahawa penerbangan bagi pakej di bawah Andalusia akan berjalan mengikut jadual.

“Dengan MoU ini, ia memberi jaminan bahawa penerbangan bagi pakej di bawah Andalusia berjalan mengikut jadual.
“Apabila Andalusia menyediakan pakej umrah, ia terjamin dan tidak ada keraguan, misalnya masalah ketiadaan tiket dan sebagainya,” jelasnya.

Artikel lain: Andalusia Travel Lancar Pakej Haji 1445H & Brosur Andalusia 2024/2025-1446H

Dalam pada itu, Ida Riswana turut berkata mereka sedar akan kekhuatiran para jemaah berkenaan ketegangan yang sedang berlaku di Asia Barat.

Namun, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan berkaitan situasi terkini di Asia Barat disamping bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan bagi memastikan keselamatan jemaah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sepertimana laporan yang dikeluarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar, sentiasa memantau situasi terkini di Asia Barat.
“Mereka turut bekerjasama dengan Kementerian Pelancongan untuk menjaga keselamatan semua jemaah umrah dan haji dari masa ke semasa.
“Bagi jemaah yang telah berada di Saudi, pihak Andalusia juga sentiasa melaporkan situasi jemaah kepada pihak keduataan terutama sekiranya berlaku sebarang malapetaka atau kecemasan,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini masih belum ada lagi jemaah yang membatalkan pakej-pakej Syawal atau pakej haji disebabkan oleh faktor kegusaran.

“Bahkan pada setiap hari, hampir 800 orang jemaah Andalusia yang berada di Makkah atau Madinah buat masa ini,” kongsinya.

Sekadar info, Mou tersebut ditandatangani oleh Ida Riswana bersama wakil daripada Saudia pula ialah Pengurus Kanannya, Che Zakiah Ahmad.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd