Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iktiraf dan hargai peranan media dalam menterjemahkan agenda utama KPKT.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kementeriannya melancarkan Anugerah Kecemerlangan Media KPKT (AkeMedia) 2024 dalam mengangkat peranan berterusan media terhadap KPKT selama ini.
Menurutnya, ia juga sebagai tanda sokongan berterusan kepada pengamal media dalam memastikan penyampaian maklumat berkesan, tepat dan sahih kepada rakyat melalui pelbagai saluran.
“Penganjuran anugerah berprestij ini diharap menyuntik semangat dan memartabatkan peranan utama pengamal media dalam menyampaikan berita yang sahih dan tepat dan selain mengelakkan penyebaran berita palsu demi mengukuhkan perpaduan, keharmonian dan meningkatkan pembangunan ekonomi negara.””ujarnya.
Artikel lain: KKR, MOT Dan KPKT Jalin Kerjasama Demi Atasi Isu Jalan Rosak
Sebanyak lapan kategori AkeMedia 2024 akan dipertandingan seperti Anugerah Khas YB KM (Kor Ming) Anugerah Utama, Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik, Anugerah Video Portal atau Dalam Talian Terbaik, Anugerah Penyiaran Radio Terbaik, Anuegarah Penerbitan Artikel Terbaik dan Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik.
Malah, Anugerah ‘Content’ Media Sosial Terbaik dan Anugerah Video Popular atau Pilihan turut dipertandingan dalam AkeMedia 2024.
Untuk makluman, AkeMedia 2024 dijadualkan berlangsung pada 8 November 2024 dan ia melibatkan kerjasama antara KPKT dengan Malaysian Press Institute (MPI).
“Setiap penyertaan media dinilai secara teliti oleh juri profesional meliputi agenda utama KPKT merangkumi topik Perumahan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Kebombaan, Kemampanan Bandar dan Persekitaran Hijau, Pengurusan Sisa Pepejal dan Kredit Komuniti.
“Justeru, KPKT mengalu-alukan penyertaan lebih ramai pengamal media pada tahun ini bermula 4 April 2024 sehingga tarikh tutup penyertaan pada 31 Ogos 2024,”katanya.
Dalam majlis yang sama, KPKT turut mengagihkan juadah berbuka puasa kepada 1,100 orang daripada pelbagai agensi media seperti RTM, BERNAMA, Media Prima, TV Alhijrah, Astro Awani dan lain-lain.
Pek bungkusan juadah berbuka puasa tersebut adalah sumbangan dari Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), Syarikat Perumahan Negara (SPNB) dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Turut hadir bersama Ketua Setiausaha KPKT, YBhg. Dato’ Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), YBhg. Datuk Seri Haji Mohd Nazri bin Md. Shariff serta Pengurusan Tertinggi KPKT.