Pemain bola sepak terkenal, Kylian Mbappe berjaya menghantar pasukannya Paris St Germain (PSG) ke perlawanan akhir Piala Perancis apabila menyingkirkan pasukan lawan Stade Rennais, semalam.
Menerusi laporan Reuters, penyerang berusia 26 tahun ini dikatakan telah mencipta satu jaringan gol buat pasukannya sekali gus meletakkan mereka di kedudukan yang selesa iaitu 1-0.
Foto : Reuters
Semasa perlawanan berlangsung, PSG dilihat menguasai pada awal permainan namun, penjaga gol pihak lawan, Steve Mandanda berjaya menggagalkan sepakan penalti Mbappe pada minit ke-37.
Walau bagaimanapun, Mbappe telah membuka peluang buat pasukannya untuk mara ke pentas akhir apabila dia menjaringkan gol pertama lima minit sebelum masa pertama berakhir.
Difahamkan, gol yang berjaya diumpan menerusi hantaran Fabian Ruiz itu merupakan jaringan kelapannya sepanjang kejohanan di Parc des Princess berlangsung.
Foto : Reuters
Pengurus pasukan PSG, Luis Enrique berkata, kelab pasukannya itu berjaya mendominasi permainan sepenuhnya meskipun ia agak sukar.
“Ia adalah separuh masa pertama yang sukar tetapi kami menguasai permainan sepenuhnya. Rennes sangat bagus. Kami mempunyai rentak yang tinggi pada separuh masa pertama dan pada separuh masa kedua kami berpeluang untuk menjadikannya dua tetapi Mandanda sangat mengagumkan,” katanya.
Selain mengakui kehebatan Rennais yang memiliki momentum pada separuh masa pertama, Luis turut memuji kecemerlangan penjaga gol pasukan lawan, Mandanda.
Sehubungan dengan itu, kelab pasukan Luis ini akan dipertemukan dengan Olympique Lyonnais pada perlawanan akhir yang akan berlangsung pada 25 Mei ini.
Sumber : Reuters