Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Noor Azman Rahman maafkan pengirim surat layang yang mengandungi fitnah berkenaan dirinya dan tersebar sebelum ini.
Memetik laporan Sinar Harian, Noor Azman berkata dia tidak menyimpan sebarang dendam keatas pemfitnah disamping menyerahkan kepada FAM untuk menyelesaikan surat layang itu.
Setiausaha Agung FAM maafkan pengirim surat layang
Foto: Utusan
“Tohmahan itu memang banyak kepada saya. Cuma saya tidak mahu komen pada bulan Ramadan ini, satu sahaja iaitu saya maafkan apa juga fitnah itu.
“Selebihnya saya serahkan kepada FAM untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Artikel berkaitan: Naib Presiden FAM Sangkal Dakwaan ‘Surat Layang’, Percaya Ketelusan Dalam Sistem Pengurusan
Terdahulu, tular surat layang yang dihantar menerusi emel kepada media mengenai salah guna kuasa dalam pengurusan FAM dan nama Noor Azman merupakan antara individu yang banyak disebut di dalam surat layang tersebut.
Menurut surat tersebut, Noor Azman didakwa tidak memenuhi tugas yang telah diamanahkan kepadanya sebagai setiausaha agung.
Selain itu, beliau juga didakwa lebih cenderung kepada aktiviti politik berbanding menjalankan tanggungjawabnya dalam organisasi tersebut.
Malah, surat tersebut turut menyebut individu yang pandai membodek atau menyanjung beliau sering diutamakan untuk kenaikan pangkat atau diberi peluang menghadiri mesyuarat khas bersamanya.
Pada masa yang sama, Noor Azman juga didakwa terlibat dalam peletakan jawatankuasa setiausaha agung lama iaitu Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Sumber: Sinar Harian (Muhhamad Zakwan Nazaraly)