Pengasuh wanita yang mendera anak perempuan seorang pempengaruh media sosial, Emy Aghnia sehingga menyebabkan kecederaan parah telah mengakui kesalahan mengasari kanak-kanak tersebut.
Kes yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan sendiri oleh ‘influencer’ berkenaan, dimana dia meluahkan rasa tidak puas hati serta memuat naik beberapa gambar terkini keadaan anaknya yang dikenali sebagai, Jana yang berumur empat tahun.
@emyaghnia terimakasih @Polresta Malang Kota Official 🙏🏻
Terkini, menerusi TikTok miliknya memberitahu bahawa pengasuh wanita berumur 27 tahun itu akan dikenakan di bawah Perkara Tindak Pidana, Kekerasan Terhadap Anak dengan hukuman penjara lima tahun.
“Motif berdasarkan hasil penyelidikan mendapati bahawa pelaku berasa geram dengan mangssa yang tidak mahu diubati ketika pelaku ingin menyapu luka di badan mangsa, serta terdapat beberapa faktor personal yang membawa kepada tindakan pelaku mencederakan mangsa,” kata Polis Polresta Malang Kota.
Dalam pada itu, pihak polis turut memberitahu setelah pelaku mencederakan mangsa, Jana kemudiannya dikunci di dalam bilik menyebabkan mangsa tidak boleh mendapatkan bantuan daripada orang lain.
Emy menerusi video sama mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan media yang membantu menularkan isu ini sehingga mendapat perhatian orang ramai, kerana dia tidak ingin kejadian sebegini terjadi lagi kepada orang lain.
“Pelaku ini sudah bekerja dengan saya selama satu tahun, sangat sopan sehingga saaya tidak sedar apa yang dia lakukan kepada anak saya.
“Saya sebagai seorang ibu berasa sangat terpukul kerana terdapat beberapa pihak yang menyalahkan saya, namun saya masih berharap agar pelaku dapat dikenakan hukuman yang seberat-beratnya kerana dia telah mencederakan anak saya selama hampir satu jam lebih tanpa ada rasa kasihan sedikit pun,” katanya.
Emy turut memberitahu bahawa dirinya tidak mempunyai sebarang masalah dengan pelaku memadangkan sikap pengasuh tersebut sangat sopan dan baik terhadap dirinya, jadi dia juga berbuat perkara yang sama.
Namun, dirinya kesal kerana sikap baik pengasuh berkenaan hanyalah berpura-pura dan anaknya yang perlu menjadi mangsa untuk melepaskan kemarahan sehingga mendatangkan trauma.
Sumber: TikTok @emyaghnia