Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ikut Jejak Anak, Lelaki Peluk Islam Di Usia 89 Tahun

Tular seorang lelaki berasa dari Nanjing, China yang telah menerima hidayah di bulan Ramadan ini dan mengikut jejak anaknya untuk peluk Islam di usia 89 tahun.

Memetik laporan Harian Metro, kisah lelaki bernama Shi Xing Hua yang telah datang ke Malaysia untuk mempelajari agama Islam dengan lebih mendalam.

Kisah lelaki ini mendapat perhatian selepas anaknya, Ahmad Shi Rong Xuan yang memuat naik video perjalanan hijrah bapanya di TikTok.

Dalam pada itu, Xing Hua berkata dia sudah lama menyimpan hasrat untuk memeluk Islam disamping menyuarakan kesyukuran kerana ia termakbul juga.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Keinginan itu semakin bertambah selepas datang ke negara ini beberapa hari lalu.
“Selepas datang ke sini, setiap hari saya ke masjid dan rakan anak saya, Imam Ma Peng yang banyak mengajar saya mengenai ilmu agama.
“Jam 4.50 petang semalam, Imam Ma Peng membantu mengislamkan saya dan berucap dua kalimah syahadah di hadapannya,” katanya.

Tambahnya, buat masa sekarang dia masih belum berpuasa namun akan belajar dan melakukan kewajipan itu seperti yang dituntut Islam.

“Bukan sekarang tetapi akan perlahan-lahan cuba kerana tak mungkin saya boleh berpuasa secara tiba-tiba.
“Tapi memandangkaan saya melihat keluarga anak saya berpuasa setiap hari, jadi saya beritahu mereka untuk tidak sediakan makanan buat saya kerana mahu menghormati mereka,” ujarnya.

Lelaki Peluk Islam Di Usia 89 Tahun

Sementara itu, anaknya Ahmad pula menyuarakan rasa gembira apabila mendapat tahu bapanya mahu memeluk Islam.

Katanya, sudah tentu dia akan menyokong hasrat Xing Hua disamping menganggap hidayah itu hadiah Allah SWT buat bapanya di bulan Ramadan.

“Ayah beritahu saya dia sudah lama belajar solat di masjid di Nanjing. Apabila ayah datang ke Malaysia beberapa hari lalu, dia beritahu saya keinginannya memeluk Islam.
“Rakan saya, Imam Ma Peng mengajar ayah cara solat dan mendalami ilmu agama serta membantu mengislamkan ayah semalam,” kongsinya.

Sekadar info, Ahmad memeluk Islam pada 5 mac 2000 selepas berkahwin dengan isterinya dan sejak dari itu, dia banyak menyebarkan ajaran Islam khususnya kepada kaum Cina di negara ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Redzuan Muharam) , TikTok @eyushang_shi

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd