Bekas ahli kumpulan T-Ara, Han Areum digegaskan ke hospital akibat cubaan untuk menamatkan riwayat hidupnya sendiri.
Foto: IG Areum
Menerusi laporan Osen dari Korea Selatan, Areum telah cuba untuk membuat keputusan yang drastik pada awal pagi tadi untuk mengakhiri kehidupannya dan dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.
Wakil daripada pihak bekas anggota T-Ara ini telah menjelaskan bahawa dia telah meninggalkan pesan yang menyerupai surat wasiat sebelum bertindak melakukan tindakan yang ekstrim.
Kini, penyanyi wanita berusia 30 tahun itu dilaporkan sedang menjalani rawatan di hospital dan masih tidak sedarkan diri.
Terdahulu, ibu kepada dua orang anak lelaki ini juga pernah membuat kenyataan di media sosial miliknya tentang penderaan fizikal yang dilakukan oleh suaminya, Kim Younggeol terhadap anak-anaknya ketika dibawah penjagaan lelaki berkenaan.
Pada Disember tahun lalu, menerusi akaun Instagram miliknya, Areum telah membuat pengumuman bahawa dia akan segera bernikah dengan kekasih barunya serta sedang menjalani proses penceraian bersama suami.
Untuk rekod, Areum dan Kim Younggeol telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2019.
Sumber: Koreaboo, OSEN, Instagram areum0ju