Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Subsidi Tiket Penerbangan RM600 Untuk Pelajar IPT Dari Sabah – Hajiji

Kerajaan Negeri Sabah akan memberikan bantuan sekali bayar RM600 bagi pembelian tiket penerbangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dari negeri itu yang akan disalurkan terus ke dalam akaun bank pelajar dalam masa terdekat.

Menurut laporan Bernama, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inisiatif melibatkan peruntukan RM10 juta itu diharap dapat meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan bagi membeli tiket penerbangan terutama apabila waktu kecemasan dan perayaan.

Foto: FB Hajiji Haji Noor

“Memandangkan harga tiket yang agak mahal dan bagi sesetengah pelajar yang tidak berkemampuan ia satu beban, kerajaan negeri akan membantu mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Bayan Lepas pada Isnin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, Hajiji mengumumkan bahawa kerajaan Sabah akan memberikan subsidi sekali bayar RM600 untuk pembelian tiket penerbangan kepada pelajar dari Sabah yang belajar di IPT di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah itu juga turut memaklumkan Kumpulan Yayasan Sabah memperuntukkan sebanyak RM67.4 juta agar lebih ramai anak negeri itu dapat melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara pada tahun ini.

Foto: FB Hajiji Haji Noor

“Jumlah peruntukan itu meningkat berbanding RM53.8 juta pada tahun lepas sekali gus membuktikan usaha kerajaan negeri dalam meningkatkan taraf
kualiti kehidupan dan pendidikan rakyat Sabah.
“Kerajaan negeri juga menambah dana Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah daripada RM50 juta kepada RM100 juta bagi meringankan beban mahasiswa dan mahasiswi yang melanjutkan pengajian ke IPT,” ujarnya.

Sementara itu, Hajiji juga memaklumkan pelbagai inisiatif bantuan turut diperkasa seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI) kepada anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: FB Hajiji Haji Noor

“Sejumlah 124,141 pelajar Sabah yang mengikuti pelbagai disiplin ilmu telah mendapat bantuan dengan perbelanjaan sebanyak RM952.2 juta melalui Kumpulan Yayasan Sabah sejak 1967 merangkumi pemberian biasiswa, dermasiswa dan pinjaman pengajian tinggi,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, majlis berbuka puasa tersebut dihadiri kira-kira 1,400 pelajar Sabah yang menuntut di IPT di Semenanjung.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Azurah Amilkasan

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd