Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bolot Empat Kategori, Arif Aiman Dominasi AKB23

Penyerang utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) sekali gus membolot empat lagi kategori di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (AKB23), semalam.

Menerusi hantaran akaun rasmi JDT di Facebook, Pemain muda itu juga telah mendominasi kategori Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik dan Pemain Paling Berharga sebanyak tiga kali berturut-turut.

Foto: FB JDT

Meskipun Arif tidak menyangka dengan pencapaian cemerlang dalam usia yang masih muda, dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi sokongan terhadap kariernya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
” Alhamdulillah pada tahun lepas saya memenangi Pemain Paling Bernilai tiga kali berturut-turut. Terima kasih kepada penyokong yang sentiasa memberi sokongan kepada saya,” katanya.

Pemain berusia 22 tahun itu juga menyatakan bahawa pencapaian cemerlangnya pada malam tersebut akan dijadikan sebagai dorongan untuk menjadi pemain yang lebih baik di masa hadapan.

 “Anugerah ini akan meningkatkan lagi motivasi saya sebagai pemain bola sepak yang lebih berjaya,” ujarnya.

Selain dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Gol Terbaik, Arif turut berkongsi kemenangannya bersama Faisal Halim bagi Anugerah Penjaring Terbanyak Liga Super Tempatan.

Foto: FB JDT

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bukan sahaja Arif yang berjaya melakar kejayaan pada malam anugerah itu, hampir keseluruhan kategori pada malam tersebut berjaya dikuasai oleh pasukan JDT.

Sumber: Facebook JOHOR Southern Tigers, Youtube Astro Arena

+ posts

Avatar
Written By Nadhirah Suhaimi

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Dunia

Bekas menteri di Kazakhstan dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun atas kesalahan memukul dan membunuh isterinya pada November tahun lalu. Memetik laporan The Astana Times,...

Lokal

Empat dewan bedah di Pusat Jantung Hospital Serdang dilaporkan sudah tidak boleh digunakan kerana kesemuanya menghadapi masalah penyelenggaraan. Memetik laporan The Star, Hospital Serdang...

Lokal

Seorang pgawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan dilaporkan mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan kes bunuh seorang pelajar tingkatan lima yang dibacakan terhadapnya di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd