Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Astro Catat Hasil Perolehan RM820 Juta Bagi Suku Keempat

Astro Malaysia Holdings Berhad catat hasil perolehan berjumlah RM820 juta bagi suku tahun keempat berakhir 31 Januari yang lalu.

Memetik laporan Kosmo!, jumlah itu dicatat dalam keadaan makroekonomi yang tidak menentu berpunca daripada ketidakstabilan mata wang asing.

Foto: The Edge Malaysia

Untung selepas cukai dan kepentingan minoriti (Patami) Ternormal mencatatkan RM35 juta namun ia tidak mernagkumi cukai kerugian tukaran mata wang asing bagi pajakan berkaitan transponder.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Astro, syarikat itu turut menjana aliran tunai bebas sebanyak RM134 juta dengan 3.8 kali Patami ternormal.

Dalam pada itu, Astro sentiasa berhemah dan proaktif dalam pengurusan modal walaupun dilanda pelbagai cabaran ekonomi.

Astro memiliki polisi untuk membayar dividen tahunan hasil daripada Patami terkumpul dan dividen yang diisytiharkan bagi tahun kewangan 2024 adalah sebanyak 0.25 sen sesaham bersamaan dengan 31 peratus nisbah pembayaran balik setahun.

Artikel lain: Pengapungan Harga RON95 Dan Diesel Boleh Jimatkan RM29 Billion Subsidi Kerajaan

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kekuatan mata wang Amerika Syarikat pada ketika ini memberikan kesan mendalam terhadap kos perniagaan kami.
“Manakala keadaan ekonomi tempatan (yang dipengaruhi faktor geopilitk) serta sentimen pengguna yang lemah termasuk kesan penyelarasan Cukai Perkhidmatan turut memberi cabaran terhadap pertumbuhan hasil,” katanya.

Astro catat hasil perolehan RM820 Juta

Foto: Bebas News

Sementara itu, bagi meringankan beban, Astro telah memperkenalkan pakej pengenalan yang lebih berpatutan bagi televisyen berbayar.

Selain itu, Astro turut memperkenalkan sooka pada suku lepas, sekaligus meningkatkan nilai produk dan perkhidmatan kami.

“Astro akan kekal berhati-hati dan sentiasa memantau keadaan perniagaan dalam pada masa yang sama kami juga akan menguruskan kos perbelanjaan dengan cermat dan berhemah,” ujarnya.

Sumber: Kosmo! (Muhammad Ikhwan Ideris)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd