Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Lebih Dari Sentimen Perkauman Dan Agama, Kor Ming Tak Perlu Masuk Campur – Fahmi Zainol

Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming dinasihatkan tak perlu masuk campur dalam isu membabitkan stoking yang tertera kalimah Allah yang dijual di rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat Keadilan, Fahmi Zainol berkata Kor Ming tidak mempunyai kaitan dengan isu berkenaan dan meminta agar Ahli Parlimen Teluk Intan itu untuk tidak terburu-buru mengulas hal tersebut.

“Perkara ini bukan berkisar soal sentimen perkauman dan agama, tetapi ianya lebih daripada itu.
“Kesucian nama Allah menjadi kewajipan kepada orang Islam untuk menjaga dan memartabatkannya,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa yang sama, Fahmi turut meminta agar Kor Ming membiarkan pihak berkuasa menjalankan tugas mereka dan tak perlu keluarkan sebarang kenyataan.

Kor Ming tak perlu masuk campur isu stoking ada kalimah Allah

Foto: Malay Mail

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Jika Kor Ming faham tentang menghormati kesucian agama masing-masing, sepatutnya beliau tidak perlu ambil campur perkara ini yang akan memburukkan lagi keadaan dalam negara kita.
“Daripada ulas isu ini, ada baiknya Kor Ming fokus kementerian yang dipikul beliau.
“Sepatutnya biarkan pihak berkuasa mengambil dan menjalankan tindakan lanjut, bukannya Kor Ming menambah garam dengan memberi ulasan lanjut ini. Tak semua perkara perlu bersuara,” ujarnya.

Sebelum ini, Kor Ming menggesa Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh untuk menghentikan kempen memboikot rangkaian kedai serbaneka KK Super Mart.

Artikel berkaitan: Lima Pasang Stoking Tertera Kalimah Allah Ditemui Di Kilang Pengimport

Kor Ming yang juga merupakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata pihak KK Super Mart telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan kesalahan itu tidak disengajakan.

Disamping itu, Kor Ming turut mendakwa Muhammad Akmal sering bermain sentimen perkauman dan agama dan berkata pendekatan itu sudah lapuk.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Free Malaysia Today

Terdahulu, tular foto stoking yang tertera nama Allah dijual di KK Super Mart  baru-baru ini hingga orang ramai mengambil tindakan untuk memboikot kedai serbaneka itu.

Walaupun pihak KK Super Mart telah membuat permohonan maaf secara terbuka, orang ramai masih memilih untuk meneruskan gerakan memboikot itu.

Menurut laporan, polis menemui lima pasang stokin yang tertera kalimah Allah di kilang pembekal yang menghantar stoking berkenaan ke KK Super Mart.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Fahmi Zainol

+ posts

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan cedera parah selepas dipercayai dilanggar oleh pemandu mabuk pada Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Persatuan...

Kolumnis

Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 33.7 juta (DoSM, 2024). Daripada jumlah penduduk ini, generasi dan usia dibahagikan kepada beberapa lapisan iaitu...

Lokal

Seorang bayi perempuan baru dilahirkan ditemui berbalut dengan kain batik dalam kotak di atas jalan berhampiran Gua Tempurung di Gopeng, Ahad lalu. Memetik laporan...

Sosial

Seorang pempengaruh media sosial yang berasal dari Sumatera Indonesia bertindak mengkritik seorang wakil rakyat mengenai kerosakan jalan di Kabupaten Lampung Selatan melalui beberapa hantaran...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd