Seorang lelaki berusia 29 tahun maut akibat dilanggar sebuah kereta dalam kejadian cubaan samun di pekan Kuala Kedah, Alor Setar pada Selasa.
Menurut laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian dipercayai berlaku ketika suspek bersama dua rakan subahat dipercayai mahu menyamun seorang mangsa berusia 32 tahun.
Foto: Kosmo Online
“Ketika kejadian, lelaki itu berada di dalam keretanya manakala pemuda dan dua rakan yang mahu melakukan samun menaiki dua motosikal.
“Salah seorang suspek telah memukul cermin kereta mangsa di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah,” katany.
Shukri berkata, akibat ketakutan, mangsa bertindak memecut keretanya sebelum melanggar motosikal yang dinaiki suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan kereta.
Foto: Kosmo Online
“Suspek kes cubaan samun yang dilanggar itu kemudian disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis sedang mengesan dua lagi suspek yang melarikan diri,” ujarnya.
Polis akan membuka dua kertas siasatan ke atas mangsa mengikut Seksyen 302 manakala dua suspek yang masih bebas akan disiasat di bawah Seksyen 393.
Sumber: Astro Awani (Adie Sufian Zulkefli)