Netizen sekali lagi membuat spekulasi dan mendakwa wanita dalam video tular yang dimuat naik pada Isnin bukan Kate Middleton bersama suaminya, Putera William.
Memetik laporan Express, perkongsian video baharu daripada Puteri Wales itu seperti menyangkal teori konspirasi yang dispekulasikan oleh orang ramai.
Pada video itu, Kate Middleton dikatakan yang baru keluar daripada sebuah kedai kelihatan tersenyum sambil berjalan di samping suaminya sambil membawa beg beli belah.
Wanita dalam video tular bukan Kate Middleton?
Kate Middleton memakai seluar ‘legging’, kasut sukan dan jaket manakala suaminya pula hanya memakai sepasang seluar jeans, jaket parker dan topi besbol.
Ini merupakan penampilan pertama Kate Middleton selepas menjalani pembedahan perut yang telah dirancang dan beliau tidak akan menemui rakyatnya atas saranan doktor.
Selepas pembedahan itu, laporan mengatakan beliau telah pulih di Adelaide Cottage di Windsor dan menghabiskan masa bersama Putera William serta tiga anak mereka.
Artikel lain: Spekulasi Hilangnya Princess Of Wales, Kate Middleton Bertebaran Di Media Sosial
Namun begitu, tempoh masa berehat yang berpanjangan tanpa sebarang maklumat dari Istana Buckingham berkenaan Kate Middleton membuatkan orang ramai dan peminat diraja membuat spekulasi puteri itu telah ‘hilang’.
Walaubagaimanapun, menerusi tinjauan di X, masih ada warga maya yang tidak percaya bahawa Kate Middleton merupakan wanita dalam video berkenaan.
Menurut warganet, mereka menyifatkan kandungan video yang dimuat naik itu merupakan individu lain seolah-olah menggantikan Kate Middleton.
Kate pakai mekap minimal
Wanita ni nampak muda
Macam mana orang yakin itu dia walaupun muka tak sama?
Itu bukan dia
Hidung berbeza, bukan dia
Kalau ada masa keluar, ada masa nak buat verifikasi
Mungkin Kate Middleton sendiri perlu buat kenyataan rasmi supaya peminat dan orang ramai berhenti membuat pelbagai spekulasi.