Penyanyi rap, Deejay (DJ) dan penerbit muzik Amerika terkenal, Lil Jon mengumumkan dia telah memeluk agama islam pada Jumaat lalu.
Foto: Daily Sabah
Menerusi satu laporan berita Turki iaitu Daily Sabah, penyanyi berusia 53 tahun itu dikatakan melafazkan kalimah syahadah dalam bahasa Arab dan bahasa Inggeris di sebuah masjid di Los Angeles, California.
Lil Jon (@LilJon) just accepted islam at king Fahad mosque in LA before jummah prayer. Welcome to Islam brother! 🙏🏽 pic.twitter.com/J26MwGNYJx
— Rahim Siddiq (@rahvsid) March 15, 2024
“Lil Jon menjadi orang Amerika kedua selepas penulis dan aktivis Amerika Shaun King yang terkenal dilaporkan memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan,” katanya.
Lil Jon yang mempunyai lebih sejuta pengikut di Instagram berkongsi berita pengislamannya itu melalui satu hantaran di aplikasi tersebut semalam.
Rata-rata pengikutnya mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata semangat di ruangan komen milik penyanyi itu.
Bangga dengan kamu!
Alhamdulillah, Takbir !
Selamat datang!
Sementara itu, terdapat juga rakan-rakan artis dan pempengaruh media sosial lain yang turut meninggalkan komen positif di ruangan komen hantaran Instagram penyanyi rap tersebut.
MashaAllah..
May Allah keep you steadfast !
Welcome to the Ummah
Untuk makluman, Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan Smith dilahirkan pada 17 Januari 1971 pernah mengetuai kumpulan Hip Hop Lil Jon & The East Side Boys dan sering berkolaborasi bersama-sama Pitbull.
Dia juga antara pelopor subgenre ‘crunk’ dan pernah mendapat perhatian daripada pihak Akademik Rakaman Grammy untuk beberapa buah lagu seperti “Yeah!” (Persembahan Rap Terbaik) dan “Turn Down for What” bersama DJ Snake (Video Musik Terbaik.
Sumber: Daily Sabah, Instagram Lil Jon