Semalam, kawasan hutan dianggarkan berkeluasan 0.8 hektar di Bukit Broga, Semenyih telah dilaporkan terbakar setelah laporan kejadian diterima pada jam 7.39 malam tadi, sebelum sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bersama enam anggota dan satu jentera FRT ke lokasi untuk memadam kebakaran.
Foto: BH Online
Dipetik menerusi BH Online, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, operasi pemadaman kebakaran membabitkan kawasan hutan di puncak Bukit Broga dengan anggaran seluas dua hektar ditamatkan pada jam 3.30 pagi.
“Pihak bomba tidak mempunyai akses kenderaan ke lokasi kebakaran menyebabkan kami terpaksa memanjat ke puncak bukit yang mengambil masa sekitar 30 minit hingga ke 45 minit untuk sampai ke lokasi tersebut.
“Tindakan operasi ialah untuk menyekat api merebak di sekitar bukit, selain memadamkan kebakaran sepenuhnya dan pemadaman dijalankan dengan menggunakan ‘fire beater’ berikutan ketiadaan sumber air,” katanya menerusi temubual bersama BH Online.
Foto: BH Online
Razali berkata lagi kebakaran mudah merebak ke beberapa tompok-tompok api disebabkan tiupan angin di sekitar bukit dan secara tidak langsung menyebabkan api semakin marak dan sukar untuk dipadamkan.
Cuaca panas melampau dipercayai punca puncak Bukit Broga, Semenyih terbakar.
Keluasan kawasan terlibat hampir 5 ekar. pic.twitter.com/xsB5Su7f8h
— MYNEWSHUB (@mynewshub) March 17, 2024
Terdahulu, tular beberapa rakaman video di media sosial berhubung kebakaran yang berlaku di Bukit Broga yang terkenal sebagai satu daripada destinasi popular untuk aktiviti pendakian sebelum pihak bomba tiba untuk memastikan punca kebakaran.
Sumber: BH Online, X MyNewsHub