Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Lebih Mudah Berkomunikasi, Anggota Polis Perlu Siap Kuasai Bahasa Inggeris

Mutu penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan penjawat awam khususnya anggota polis perlu dipertingkatkan  manakala kedudukan bahasa Melayu sememangnya telah dikuasai tanpa tolak ansur.

Dipetik menerusi laporan Buletin TV3, Pemangku Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superitendan Ibrahim Mat Som tidak menafikan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris masih lemah dalam kalangan segelintir anggota polis.

Foto: Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

Ibrahim berkata, beliau bersetuju bahawa kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan anggota polis berdepan kesulitan sewaktu berkomunikasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian di Dewan Orkid IPD Iskandar Puteri sewaktu sidang media selepas Majlis Penyerahan Sijil Penyertaan Kursus Bahasa Inggeris.

Tambahnya lagi, golongan ini seharusnya merebut peluang dalam menguasai bahasa antarabangsa itu secara berperingkat dan berkesan.

Inisiatif Johor English Language Teaching Association (JELTA) yang menganjurkan kelas Bahasa Inggeris secara percuma selama empat bulan merupakan salah satu langkah komprehensif dalam membantu golongan anggota polis menguasai bahasa Inggeris dengan lebih fasih.

Foto: Facebook Polis Daerah Iskandar Puteri

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagi peringkat permulaan seramai 26 anggota polis yang menyertai kursus berkenaan dan daripada penguasaan ‘zero’ kini mereka mampu mencapai 30 peratus”, katanya.

Beliau turut menjelaskan, penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan golongan itu akan dipertingkatkan daripada semasa ke semasa dan diperluas dalam kalangan lebih ramai anggota dan mungkin akan memfokuskan juga kepada bahasa yang lain.

Sumber: Buletin TV3

Avatar
Written By Firdaus Rostam

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

99 Speed Mart Retail Holdings Bhd yang baru disenaraikan di Bursa Malaysia baru-baru ini pertahan struktur imbuhan syarikat dengan menjelaskan bahawa jumlah gaji yang...

Lokal

Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang sedang disiasat polis susulan kenyataannya berkenaan pensijilan halal telah mengadakan jumpa dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd