Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Bukan Isu ‘Geng Pelangi’, Pengarah Drama Khunsa Terharu Dapat Sokongan JAKIM

Pengarah drama Khunsa, Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa terharu dapat sokongan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta beberapa agensi lain seperti WAQIF, USIM dan doktor pakar PPUKM.

Menurut pengarah berusia 51 tahun itu, ini merupakan kali pertama isu khunsa disentuh dalam sesebuah drama Melayu dan dia juga berpendapat sudah tiba masanya masyarakat didedahkan dengan isu ini.

Pengarah drama Khunsa terharu dapat sokongan JAKIM

Foto: Kosmo Digital

“Saya terharu dengan sokongan pihak JAKIM. JAKIM sangat menerima projek ini. Mereka suka tajuk ini sebab melalui tajuk sendiri telah menceritakan semua.
“Sudah sampai masa, media ataupun apa yang saya kaji, ini kali pertama kita sentuh isu khunsa dalam sejarah sinemca drama Melayu.
“Dan JAKIM juga juga rasa ini masa yang tepat untuk mengupas isu ini ke depan. Ini bukan isu transgender. Isu khunsa tiada orang yang sanggup ke depan, sangat misteri dan tab00.
“Jadi agak mengagumkan dan gembira bila JAKIM sangat membantu. Pakar psikiatiri dan pakar kromosom menyokong sama dan mereka masih mengkaji,” katanya.

Artikel lain: Pengarah Nafi Filem La Luna Hina Islam, Pemikiran Liberal

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, pembuatan drama Khunsa ini telah menjadi isu selepas disalahertikan oleh segelintir masyarakat termasuklah golongan profesional.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tapi masalah masyarakat luar termasuklah segelintir doktor tapi bukan doktor pakar, mereka anggap ini isu LGBT. Ini adalah salah, khunsa bukan isu LGBT,” luahnya.

Dalam pada itu, Shahrulezad juga menegaskan stigma seperti ini harus dilawan disampaing berkata golongan khunsa juga mempunyai hak mereka.

Pengarah drama Khunsa terharu dapat sokongan JAKIM

Pengarah drama Khunsa terharu dapat sokongan JAKIM

Foto: Berita Harian

“Ini yang kena lawan dengan stigma itu. Bila kita buat cerita khunsa, ada yang kata kita nak menormalisasikan LGBT. Ini salah, bukan!
“Tiada kena mengena LGBT. Lagipun barat yang cipta label LGBT. Kenapa nak tiru? Habis tu golongan khunsa dinafikan hak mereka? Dalam Islam ada golongan itu,” jelasnya.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd