Syarikat pengeluar tayar global, Goodyear tetap meneruskan jualan produk mereka di Malaysia meskipun bakal operasi kemudahannya di Shah Alam, Selangor.
Memetik laporan The Edge Malaysia, Goodyear akan terus melayani pasaran Malaysia meskipun tidak lagi beroperasi di sini.
“Kami akan terus melayani pasaran Malaysia dengan produk dan penyelesaian utama industri kami dari tapak pembuatan lain dalam jejak Goodyear,”kata jurucakap itu pada Khamis.
Artikel lain: Pengeluaran Getah Asli Malaysia Meningkat 0.6 Peratus Pada Oktober 2023
Syarikat itu merancang untuk mula menutup operasi pembuatannya di Shah Alamnya menjelang 30 Jun ini dan keseluruhan proses dijangka selesai menjelang akhir tahun ini.
Penutupan syarikat berkenaan adalah satu langkah yang akan mengakibatkan kehilangan 550 jawatan dalam kilang itu.
Langkah itu mencerminkan keputusan pembuat perkakas rumah elektrik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd tahun lepas untuk menutup dua jabatan pembuatan produk di Shah Alam. Pada 2016, firma rokok British American Tobacco Malaysia Bhd menghentikan operasi kilangnya di Malaysia dan mula mengimport ke serantau.
Presiden Goodyear bagi Asia Pasifik, Nathaniel Madarang berkata, langkah itu adalah seiring dengan program transformasi kumpulan, Goodyear Forward dalam mengoptimumkan portfolio dan kehadirannya di peringkat global.
Kehadiran Goodyear di Malaysia bermula sejak 1908 apabila The Goodyear Orient Company, sebuah firma pembelian getah, ditubuhkan di Singapura untuk membeli getah daripada ladang di Tanah Melayu dan Indonesia ketika itu.
Goodyear mula menjual produknya di Malaysia pada 1929, menurut laman webnya.
Langkah itu, katanya, adalah sebahagian daripada apa yang dipanggil Goodyear Forward, program transformasi syarikat untuk mengoptimumkan jejak dan portfolionya serta menyampaikan pengembangan margin yang ketara.
Program itu termasuk “tindakan khusus” untuk menyampaikan pengurangan kos tahunan sebanyak AS$1 bilion menjelang 2025, menurut memo Madarang.
Sumber: The Edge Malaysia (Syafiqah Salim)