Timbalan Presiden Parti Bersatu, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu anggap rugi besar tak benar artis antarabangsa buat konsert di dalam negara susulan mengulas berkenaan konsert Taylor Swift yang berlangsung di Singapura 7 hingga 9 Mac nanti.
“Kita terlepas peluang itu”
Menerusi ciapan yang dibuat oleh Ahmad Faizal, dia mengatakan yang Malaysia telah terlepas peluang tersebut dan sepatutnya negara kita lebih agresif untuk mendapatkan perjanjian ASM Global iaitu syarikat pengurusan venue Amerika Syarikat.
“Kita terlepas peluang itu. Barisan selebriti kelas A berada dalam genggaman kita melalui perjanjian dengan ASM Global (syarikat pengurusan venue AS).
“Kita mesti bertindak agresif untuk dapatkan mereka,” tulisnya.
Faizal Azumu Anggap Rugi Besar, boleh jana ekonomi negara
Tambahnya, sebelum ini kabinet ada menyokong tentang faedah penganjuran konsert artis antarabangsa untuk sektor ekonomi.
Jadi, dia berharap supaya pihak kerajaan dapat memaksimumkan perkara itu bertujuan untuk peningkatan ekonomi negara memandangkan banyak manfaat daripada pelaksanaan tersebut.
“Kabinet sebelum ini menyokong pengaturan ini untuk faedah ekonominya. Saya berharap kerajaan sekarang dapat memaksimumkan perkongsian ini. Saya percaya kita mempunyai infrastruktur dan bakat untuk melaksanakannya.
“Sekali lagi, faedahnya jauh melebihi sebarang perbezaan politik,” ujar Ahmad Faizal.
Terdahulu, memetik laporan dari FMT, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong memaklumkan langkah menjadikan republik itu sebagai destinasi tunggal konsert Taylor di Asia Tenggara bukanlah tindakan yang tidak mesra terhadap negara-negara lain di rantau berkenaan.
Sebaliknya, Singapura memang menyediakan insentif tertentu melalui dana pembangunan pelancongan dan ia terbukti sangat berjaya untuk mereka.
Sumber: X Faizal Azumu, FMT