Tindakan pelakon dan penyanyi, Acha Septriasa berkongsi beberapa keping foto anak perempuannya Bridgia Kalina Kharisma menarik perhatian pengikut di laman Instagram.
Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa memuat naik posting tersebut sempena ulang tahun kelima Bridgia yang mesra dipanggil sebagai Brie, baru-baru ini.
“She is 5.. 💞 Love you 😘 birthday 🎂 Girl🎂,” tulis selebriti Indonesia itu ringkas.
Foto berkenaan memaparkan Brie yang mengenakan gaun ungu bergambar dengan sebiji kek di hadapannya sambil tersenyum manis.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis serta peminat pelakon filem Layla Majnun meninggalkan ucapan hari lahir dan mendoakan kesejahteraan buat kanak-kanak tersebut.
Selamat hari lahir!
Moga membesar dengan sihat
Untuk rekod, Acha yang popular dengan lagu My Heart berkahwin dengan Vicky Kharisma pada Disember 2016 dan melahirkan puteri sulung itu pada 2017 di sebuah hospital di Sydney.
Sumber: Instagram Acha Septriasa