Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sita sebuah premis memproses produk makan ringan popular selepas disyaki menggunakan logo halal tidak sah.
Memetik laporan Sinar Harian, serbuan dilakukan sekitar jam 11 pagi di Kawasan Industri Jelapang, Ipoh pada Isnin sekitar 11 pagi membabitkan makanan produk salmon skin salted egg.
Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, premis itu sedang beroperasi dengan memproses produk tersebut semasa pemeriksaan dilakukan.
Siasatan lanjut kemudiannya menjumpai sejumlah produk makanan ringan tersebut telah ditandakan dengan logo halal tidak sah.
“Semakan awal mendapati logo halal ini digunakan untuk tujuan perdagangan secara tidak sah.
“Pengurus premis terbabit turut gagal mengemukakan sebarang perakuan halal yang diperakukan oleh pihak berkuasa apabila diminta KPDN,” katanya dalam kenyataan.
Artikel lain: Simpan Stok Melebihi Had Lesen, 41 Tan Metrik Beras Disita – KPKM
KPDN juga mengenakan tindakan sita ke atas semua dokumen perniagaan, produk dan balang plastik yang tertera logo halal dengan jumlah keseluruhan RM88,582 untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
Beliau berkata, siasatan dilakukan atas kesalahan melanggar Subperenggan 4 (1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 Akta Perihal Dagangan 2011 yang menjadi kesalahan di bawah Subperenggan 8 (a) perintah.
“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” katanya.
Kamalludin berkata, produk makanan ringan itu dikesan dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan ramai pengguna.
“Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu, manakala denda tidak melebihi RM250,000 bagi syarikat atau pertubuhan perbadanan,” katanya.
Ujarnya, pproduk makanan ringan itu dikesan dijual secara dalam talian dan mendapat sambutan ramai pengguna.
Sumber: Sinar Harian (Normawati Adnan)