Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Akibat Lama Hidup Bujang, Lelaki Colombia Kahwini Anak Patung ‘Natalia’

Cristian Montenegro, seorang lelaki dari Colombia, telah kahwini anak patung kain buruk bernama Natalia Adela Ortiz Moreno selama beberapa tahun.

Hubungan ini dianggap unik dan pelik kerana Natalia bukan manusia tetapi anak patung kain berdimensikan manusia. Cristian mula menjalinkan hubungan dengan Natalia selepas hidup bujang selama beberapa tahun.

Pada Ogos 2022, dia telah melamar Natalia malah sering berkongsi kehidupan mereka bersama di media sosial.

Lelaki Colombia kahwini anak patung

Artikel lain: Super Junior Heechul Tamatkan Zaman Bujang, Kahwini Diri Sendiri

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cristian dan Natalia mempunyai tiga orang anak dimana kesemuanya adalah anak patung kain buruk. Dia sering berkongsi momen bahagia keluarganya  di media sosial termasuk ‘kelahiran’ anak ketiga mereka, Sammy.

Kelahiran itu didokumentasikan dengan Cristian berpakaian gaun hospital dan jaring rambut, manakala seorang ‘doktor’ anak patung kain ‘membantu’ Natalia bersalin.

Hubungan luar biasa Cristian dengan anak patung itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. Walaupun terus mendapat kritikan, dia terus berkongsi hidupnya dengan Natalia dan anak-anak mereka.

 “Jika bukan kerana anak patung, saya akan lebih bersendirian daripada sesiapa sahaja. Sekurang-kurangnya saya mempunyai sesuatu. Dengan Natalia saya, kami menonton TV dan bercakap tentang segala-galanya. Mereka tidak tahu bagaimana saya sayangkan dia,” Ujar Cristian.

Malah, Cristian turut mendakwa selama dua tahun hidup bersama, mereka sering membeli-belah, berjalan-jalan, dan membantu anak patung kain buruk mereka membuat kerja rumah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Cristian terus mendokumentasikan kehidupan mereka bersama, berkongsi kegembiraan dan cabaran mereka kepada orang ramai.

Sumber: The Mirror

Nur Ain
Written By Nur Ain

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memberi komen ringkas mengenai siasatan kes Op Global yang membabitkan Global...

Bisnes

Tupperware Brands sedang bersiap untuk fail bankrap seawal minggu ini susulan saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8 peratus kepada 43 sen selepas waktu dagangan....

Lokal

Peguam kepada Abang Bas, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar menjelaskan bahawa lelaki tersebut tidak memahami perkataan ‘crush’ yang bermaksud mempunyai perasaan terhadap seseorang. Menerusi tangkap...

Politik

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut mengenai tindakan PAS yang didakwa menjadikan Muktamar Tahunan Ke-70 parti itu sebagai pentas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd