Aksi seorang pelancong wanita warga Rusia memegang sepanduk mempromosikan dirinya di sebuah jalan di Bali, Indonesia mengundang kecaman netizen.
Foto: IG @lina_secretss
Menurut hantaran di akaun IG @idiots_inbali pada 28 Februari lalu, hantaran dengan kapsyen “Searching for single man (put ring on her,” menarik perhatian netizen.
Menerusi rakaman berdurasi 21 saat, kelihatan wanita itu memakai baju persalinan pengantin berwarna putih sambil memegang sepanduk yang bertulis “looking for man” dalam bahasa Rusia dan nama pengguna akaun miliknya @lina_secretss.
Aksinya itu menarik perhatian pengguna jalan raya lain dan terdapat juga segelintir yang terhibur dengan perbuatannya.
Rata-rata netizen memberikan komen negatif dengan aksi wanita itu di ruangan komen hantaran akaun @idiots_inbali yang dikatakan mencari perhatian di tengah jalan tersebut.
Please send her home!
In Indonesia, we called ‘Caper’
Do U think U cute?
Terdapat juga netizen yang memberikan komen positif seolah-olah mengajak wanita itu berkahwin dalam postingan asal di akaun IG milik wanita itu.
Menikahlah denganku..
Yes, I do..
Marry Me
Haih.. macam-macam perangai pelancong asing yang berkunjung ke negara orang ni. Harap tiadalah yang pelik-pelik lagi lepas ni.
Sumber: Liputan6