Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelancong China Kritik Orang Sabah Tak Tahu Mandarin, Makanan Malaysia Tak Sedap

Tular di media sosial apabila seorang pempengaruh yang juga pelancong dari China mengkritik makanan Malaysia ketika bercuti di Sabah.

Pelancong China dakwa makanan Malaysia tak sedap?

Menerusi video tular, pelancong China itu mendakwa dia menghadapi kesukaran mencari makanan yang enak sewaktu bercuti di Malaysia.

“Saya hampir mati kelaparan di jalanan.
“Makanan (di Malaysia) mempunyai terlalu banyak air dan terlalu hambar. Saya hilang selera pada pandangan pertama,”katanya.

Pelancong China Malaysia

Selain makanan, dia yang berkunjung ke Semporna, Sabah juga berkata hampir tiada sesiapa pun bertutur dalam bahasa Mandarin di sana.

Kongsinya, dia gagal untuk mencari makanan sedap sewaktu di sana kerana berdepan dengan masalah komunikasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, dia menyangkakan negara Malaysia adalah negara yang mesra dengan pelancong China kerana boleh berbahasa Mandarin seperti yang didakwa oleh influencer dari sana.

Namun, jangkaan dia meleset apabila mendapati hanya sejumlah kecil penduduk tempatan yang boleh berbahasa Mandarin.

“Pengaruh mana yang mendakwa Malaysia dipenuhi dengan etnik Cina dan mereka tidak perlu tahu sepatah pun bahasa Inggeris untuk menggembara ke seluruh negara?”soalnya.

Pelancong China Malaysia

Artikel lain: Tujuh Bulan Tinggal Di Malaysia, Wanita Jepun Dipuji Fasih Berbahasa Melayu

Disebabkan halangan bahasa, dia terpaksa menggunakan aplikasi penterjemah bahasa namun masih sukar untuk berkomunikasi yang mana menimbulkan rasa tidak puas hati.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nak melancong jangan dengar kata orang!

Rata-rata netizen yang melihat video itu mengecam pelancong terbabit kerana tidak membuat ‘study’ terlebih dahulu sebelum melancong di negara orang.

Ini disebabkan bilangan kaum Cina Malaysia di Sabah dan Sarawak lebih sedikit berbanding di Semenanjung.

Sumber: X anthraxxx781

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd