Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

HASiL Perluas Asas Cukai, Laksana Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) kini meneruskan usaha-usaha memperluaskan asas cukai dengan melaksanakan Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes “Ops Stardust Kuala Lumpur.

Menurut kenyataan HASiL, seramai lapan puluh orang pegawai mereka daripada Jabatan Perisikan dan Profiling (JPDP), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka terlibat di dalam operasi kali yang berlangsung selama dua hari bermula 26 Februari.

HASiL laksana Operasi Khas Lawatan Banci Bisnes

Operasi yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur ini adalah untuk mengenalpasti, mengumpul dan mengemaskini maklumat pemilik-pemilik perniagaan secara bersemuka dengan pegawai HASiL.

Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, strategi pematuhan yang menyeluruh itu merangkumi peringkat pengesanan, pengauditan, penyiasatan sehinggalah cukai sebenar.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Maklumnya, kesemua itu hendaklah sentiasa dipatuhi, dilaksana dan ditambah baik agar selari dengan persekitaran dan cabaran semasa.

“Selain itu, melalui lawatan ini juga pegawai HASiL akan turut menyampaikan info-info berkait dengan percukaian bagi mendidik para peniaga agar tahap kesedaran dan pematuhan mereka meningkat,”katanya.

HASiL cukai

Dalam kenyataan yang sama, HASiL turut menegaskan bahawa segala hasil penemuan maklumat yang diperoleh akan disemak dengan teliti.

Selain itu, tindakan audit atau siasatan akan dijalankan ke atas individu, perniagaan dan syarikat yang cuba mencari helah atau mengelak daripada melaporkan pendapatan dan membayar cukai yang sepatutnya, baik warga tempatan mahupun asing.

“Tindakan pematuhan secara berterusan juga akan dibuat termasuklah mengenakan penalti dan tindakan pendakwaan sekiranya didapati para peniaga gagal melaporkan jumlah pendapatan dan melanggar undang-undang percukaian.
“Menerusi pelaksanaan program seumpama ini, HASiL berharap aktiviti pelarian cukai dapat dibendung sekaligus dapat menyumbang kepada kelestarian ekosistem percukaian negara,”katanya lagi.

HASiL cukai

Artikel lain: HASiL Sasar Kutipan Cukai RM197 Bilion Bagi Tahun 2024

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sekadar info, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin turut ‘turun padang’ pada hari pertama di sebelah malam bersama-sama Timbalan Ketua Eksekutif (Pengurusan), Datuk Hisham Rusli.

Turut serta bersama barisan pengurusan kanan HASiL ‘turun padang’ di lokasi operasi sekitar Bukit Bintang yang menjadi tumpuan aktiviti-aktiviti perniagaan seperti makanan, minuman dan buah-buahan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklum balas atau pertanyaan, boleh terus berhubung menerusi talian HASiL Live Chat, Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000 (luar negara) atau di https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd