Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri minta henti trend sambut hari lahir anak di kubur yang sudah meninggal dunia dengan membawa kek serta menyanyikan lagi selamat hari jadi.
Seeloknya digantikan dengan bacaan doa & sedekah kepada si mati
Memetik perkongsian yang dibuat olehnya, Dr Zul menjelaskan bahawa tindakan tersebut seeloknya digantikan dengan membaca doa bagi disedekahkan kepada allahyarham.
“Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
“Menjawab soalan di atas, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya,”ulasnya.
Artikel lain: Pemindahan Organ Khinzir Kepada Manusia Dibolehkan Dengan Syarat
Tujuan utama ziarah kubur ialah ingat tentang hari akhirat
Tambah beliau lagi, tujuan utama datang menziarahi kubur adalah untuk mengingatkan kita tentang kematian dan hari akhirat, bukan hanya berkenaan kehidupan semata-mata.
“Dengan sebab itu, mengimbau kepada sunnah dan sirah Nabi SAW, Rasulullah SAW sentiasa ziarah kubur untuk memberi syafaat kepada ahli kubur dengan doa atau mengambil faedah untuk mengingati kematian dan muhasabah diri.
“Bahkan kita sendiri ada diajar untuk berdoa agar diselamatkan daripada azab kubur,” jelasnya.
sekadar gambar hiasan
Jadi, beliau menyarankan agar ahli keluarga si mati meraikannya dengan memberi makan kepada anak-anak yatim serta fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar.
Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri