Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

394 Mediator Komuniti Terima Tauliah, Bertanggungjawab Kukuhkan Perpaduan Masyarakat

Seramai 394 Mediator Komuniti telah menerima tauliah sempena Konvensyen Mediasi Komuniti yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, hari ini.

Konvensyen yang bertemakan “Mediator Komuniti: Pemangkin Keharmonian Negara” itu dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang.

Mediator Komuniti

Beliau berkata, inisiatif tersebut adalah langkah penting dalam memperkukuhkan peranan sebagai pendamai masyarakat.

Menurutnya, Mediator Komuniti juga dikenali sebagai jentera perpaduan yang sangat penting dalam menyatupadukan perbezaan kaum serta membantu memelihara keharmonian masyarakat di kawasan komuniti.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sehingga kini, sebanyak 564 Mediator Komuniti yang terdiri daripada 163 Pegawai Perpaduan, 379 Ahli Jawatankuasa (AJK) Komuniti Rukun Tetangga (KRT), dan 22 badan bukan kerajaan (NGO) Agama,”ujarnya.

Mediator Komuniti

Tambahnya, Kementerian Perpaduan Negara (KPN) turut menggariskan inisiatif untuk memperkukuhkan peranan mediator melalui pelbagai aspek, termasuk peningkatan kelayakan dan standard kompetensi.

Malah, ia berperanan dalam memperkukuhkan pindaan Akta Rukun Tetangga 2012 bagi memasukkan fungsi Mediator Komuniti.

“Kementerian akan mengkaji untuk melihat potensi mewujudkan satu badan akreditasi Mediator Komuniti untuk menyuntik semangat dan meningkatkan tahap profesionalisme mereka dalam menggalas tanggungjawab sebagai pendamai masyarakat khususnya mengurus konflik sosial di peringkat komuniti.
“Selain itu, penambahan pusat-pusat mediasi komuniti di beberapa negeri turut menjadi fokus bagi tahun 2024,”ujarnya lagi.

Mediator Komuniti

KPN juga bercadang untuk memperluaskan perkhidmatan mediasi tersebut melalui penubuhan pusat di beberapa negeri seperti di Perlis, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Melaka.

Aaron juga menyatakan para mediator diberikan pendedahan kepada Kursus Up-Skilling dan Re-Skilling bagi memperkasakan kebolehan dan kemahiran mereka dalam mengendalikan kes-kes mediasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
 “Mediator Komuniti mengambil inisiatif menjaga keharmonian di kawasan komuniti rukun tetangga secara sukarela dan berkhidmat secara probono tanpa ada sebarang ganjaran.
“Mereka berperanan sebagai perantara dua pihak yang bertelagah. Hal ini demikian, mengambil kira penambahan pembangunan strata diramal kawasan kejiranan komuniti dan peratus isu kawasan komuniti akan meningkat,” ujar beliau.

Artikel lain: KPN Cadang 14 Ogos Diangkat Sebagai Hari Kaligrafi Perpaduan Nasional

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh selar kenyataan Ahli Parlimen (MP) Seputeh, Teresa Kok yang mempersoalkan cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan yang...

Sosial

Tular video di media sosial memaparkan kali terakhir seorang gadis, Nia Kurnia Sari dilihat warga kampung sebelum dilaporkan hilang dan mayatnya ditemui beberapa hari...

Sosial

YouTuber mukbang, Nikocado Avocado beri kejutan kepada para penontonnya selepas memuat naik video terbaharu menerusi saluran miliknya yang memaparkan dia kini yang sudah kurus....

Lokal

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi membantu golongan yang terbeban dengan hutang....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd