Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Malaysia MADANI Kuat Bersama, Berazam Terajui Ekonomi Di Rantau Asia Tenggara

Bagi memastikan kehidupan rakyat lebih bermutu, Kerajaan Malaysia MADANI berazam untuk meneraju ekonomi negara di rantau Asia Tenggara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming pada Majlis Madani Muhibah Sempena Tahun Baru Cinta KPKT 2024 berkata, kerajaan mahu Malaysia menjadi 30 peratus ekonomi terbesar di dunia.

“Kita mahu Indeks Daya Saing Global di tangga ke-12 teratas dunia. Kita mahu kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60%.
“Kita mahu meningkat Indeks Persepsi Rasuah Malaysia di pentas dunia. Kita mahu mengangkat semula darjat dan martabat negara yang tercinta,”katanya.

Malaysia MADANI

Beliau bagaimanapun berkata, ia tidak akan dicapai jika tiada kerjasama, sokongan dan dokongan daripada orang ramai dalam mencapai aspirasi Malaysia MADANI.

Ini kerana segalanya akan menjadi kenyataan jika semua pihak bekerjasama sebagai satu pasukan, sejajar dengan kewujudan Malaysia MADANI sebagai panduan dan ikhtiar yang holistik, sebagai dasar pentadbiran yang lebih manusiawi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dalam dunia pasca normal, Malaysia harus bersedia untuk menghadapi kelajuan, skala, skop dan keserentakan; percanggahan yang begitu banyak, kerumitan yang kian bertambah.
“Kita perlu berkemampuan untuk menghadapi kekacauan. Aspirasi Malaysia MADANI adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampan, sejahtera, berdaya cipta, saling menghormati serta bersikap ihsan berdasarkan keyakinan antara satu sama lain,”katanya lagi.

Tambah beliau, kepelbagaian kaum dalam meraikan sambutan perayaan kaum Cina adalah contoh terdekat yang selaras dengan menggambarkan semangat perpaduan meskipun berlainan bangsa.

Ia juga selaras dengan ‘tagline’ Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) iaitu #Strongertogether #unityInDiversity #DemiPertiwi.

“Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Masa hadapan Malaysia terlalu berharga untuk disia-siakan. 
“Apa yang berlaku hari ini disebabkan sesuatu keputusan yang dibuat pada masa lalu. Ini adalah sebabnya kita perlu ada reformasi subsidi bersasar, mengkaji semula skim pencen, meningkatkan pengangkutan awam, mewujudkan Program Perumahan Rakyat (PPR) bermodel baharu dan lain-lain lagi,”ujar beliau.

 

Artikel lain: Kor Ming Enggan Panjangkan Isu Kampung Baru Cina – “Kita Move On”

Kor Ming berkata, penjawat awam juga harus fokus dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing yang disifatkan seperti benteng pertahanan terakhir negara, bukan sahaja menyelesaikan masalah dan melaksanakan polisi untuk memenuhi keperluan semasa di negara, tetapi juga mencorak masa hadapan dan memenuhi potensi negara yang tercinta.

Sementara itu, beliau mengucapkan tahniah kepada penjawat awam terutamanya kerana bakal memperoleh bayaran insentif awal yang diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak lama lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelum ini, Anwar Ibrahim telah meluluskan bayaran insentif awal penjawat awam sebanyak RM2,000 kepada semua di bawah gred 56 dan ke bawah. Malah, bantuan sebanyak RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Dunia

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu. Foto:...

Politik

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) hanya memberikan gred D, iaitu 35.8 peratus sepanjang dua tahun pentadbiran Kerajaan Perpaduan walaupun ramai menyifatkan kerajaan...

Lokal

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) mengiktiraf pencapaian cemerlang 70 pemain industri pembinaan di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang berlangsung di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd