Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

10,000 Pemberi Pertolongan Cemas Kesihatan Mental Dilatih NIOSH – Steven Sim

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) akan melatih 10,000 orang pemberi pertolongan cemas kesihatan mental pekerjaan di tempat kerja seluruh negara secara percuma.

Menterinya Steven Sim Chee Keong berkata, NIOSH memperuntukkan RM12 juta dengan penyertaan program latihan selama tiga hari yang mendapat tuntutan levi HRD Corp.

10,000 Pemberi pertolongan cemas kesihatan mental

pertolongan cemas kesihatan mental

“Ia melibatkan semua pemegang taruh termasuk agensi-agensi kerajaan, majikan, pekerja, pengamal Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) persatuan dan badan bukan kerajaan.
“Justeru, sukacita hari ini saya mengumumkan pelancaran program latihan baru iaitu Pertolongan Cemas Kesihatan Mental Pekerjaan (Occupational Mental Health First Aid).
“Ia bagi melatih individu yang mampu memberikan pertolongan awal bagi rakan sekerja yang mengalami tekanan psikologi di tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian program Persidangan dan Pameran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali ke-24 (COSH 2024) dan Persidangan Saintifik Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kali ke-6 (SCICOSH) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Artikel lain: Golongan Pelangi Perlu Dimasukkan Dalam Kategori Pesakit Mental

Advertisement. Scroll to continue reading.

pertolongan cemas kesihatan mental

Steven berkata, program latihan baru itu adalah sebahagian anjakan paradigma kementeriannya melihat soal keselamatan dan kesihatan pekerja ditangani bukan sekadar dari aspek fizikal, tetapi juga merangkumi kesihatan mental.

“Pembangunan modul latihan Occupational Mental Health First Aid ini disokong oleh Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Negara dan merupakan latihan pertama di Malaysia.
“Selepas 10,000 orang mental health first aider, penyertaan program latihan tiga hari ini boleh mendapat tuntutan levi Human Resource Development Corporation (HRD Corp),” ujarnya.

Sementara itu, Steven berkata, COSH bukan sebagai majlis ‘sembang’ kosong sebaliknya mencari penyelesaian kepada cabaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan abad ke-21.

pertolongan cemas kesihatan mental

“Pertama kita harus keluar dari belenggu lama abad ke-20 untuk melihat kepada keadaan hari ini. No point fighting yesterday’s battle and solving yesterday’s problem.
“Keduanya kita semua tidak harus terhenti setakat dekad ke-3 abad ke-21 ini. We have the responsibility to think ahead. 10 year, 20 years even 30 years ahead.
“Kita ada tanggungjawab untuk memikirkan masa depan demi generasi yang akan datang. Sebab kalau asyik terpaksa mengejar, kita akan letih. Justeru kita harus menduga cabaran masa hadapan dan mendahului dengan penyelesaian,” jelasnya.

Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd