Bekas pemain bola sepak negara, Muslim Ahmad difahamkan bakal berentap dalam satu perlawanan Muay Thai yang akan berlangsung pada 24 Februari 2024 di C-mart Padang Serai, Kedah.
Muslim Ahmad beralih ke sukan MuayThai?
Menerusi perkongsian satu akaun Facebook dikenali sebagai Kelantan MuayThai Channel, gambar Muslim Ahmad dan lawannya telah dipaparkan dan mereka akan beradu dalam kategori Regu Special Fight.
https://www.facebook.com/kelantan.muaythai/posts/pfbid0FKjygFJ2DoSensRB2HGqj8VKSzCnaESaptHaCCr2ixQcJSmKfg6bR4pKnVZt4xXCl
Bekas pemain bola sepak negara di sukan MuayThai kejutkan peminat
Kemunculan Muslim dalam arena Muay Thai telah mengejutkan ramai peminat bolasepak Tanah Air selepas dia tidak lagi bersama Sri Pahang untuk musim hadapan apabila kontraknya dengan pasukan terbabit tidak disambung.
Pada penghujung tahun lalu, Muslim memaklumkan dirinya belum lagi memikirkan kelanjutan karier bola sepaknya jika tidak menerima sebarang tawaran dari mana-mana pasukan setelah tujuh tahun menyarung jersi Tok Gajah.
Dalam posting di Facebook T-Fight pula, dapat dilihat yang pemain bola sepak berusia 34 tahun itu gigih mengikuti latihan Muay Thai dan didampingi seorang lagi atlet MuayThai.
Untuk rekod, Muslim Ahmad merupakan antara kesebelasan utama yang membantu pasukan negara memenangi Piala AFF pada tahun 2011.
Dia juga terlibat sama membawa pulang pingat emas di Sukan Sea Palembang pada 2012 sewaktu dikelola Datuk Ong Kim Swee.
Sumber: Facebook Kelantan MuayThai Channel, T-Fight