Bekas pemain kebangsaan, Norshahrul Idlam Talaha atau dikenali Mat Yo mohon bantuan daripada Penaung Persatuan Pemain Bolasepak Malaysia (PFAM), Tunku Ismail Sultan Ismail (TMJ) bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji dihadapinya.
Menurut Norshahrul, isu gaji tersebut sudah terlalu lama berlaku dan Melaka United masih berdegil untuk melunaskan tunggakan tersebut.
“Tunku Ismail, Mat Yo masih menunggu perkhabaran dari Tunku untuk mengadap.
“Terlalu lama akan masalah Melaka FC tidak melunaskan gaji,”maklumnya dalam satu hantaran Instagram, baru-baru ini.
Oleh itu, sebagai bekas pemain Johor Darul Ta’zim, Norshahrul juga berharap TMJ sudi membantu dirinya dalam menyelesaikan masalah tersebut.
“Tunku sebagai penaung PFAM harap dapat mendengar dan membantu akan masalah kami.
“Saya juga pemain JDT dan pemain kebangsaan di bawah naungan Tunku, harap sangat Tunku dapat membantu,”tulisnya lagi dalam hantaran yang sama.
Artikel lain: Sah! Safawi Rasid Dan Akhyar Rashid Sertai Terengganu FC
Sebelum ini, Norshahrul yang beraksi untuk Melaka United selama semusim pada 2022 tampil bersuara kerana gajinya selama enam bulan masih belum dijelaskan oleh kelab bola sepak berkenaan.
Difahamkan, ini bukanlah kali pertama pemain kelahiran Besut, Terengganu bersuara dan mendesak Melaka United untuk melunaskan gajinya.
“Lama tunggu, bayarlah hutang. Banyak kerugian isteri dan anak-anak alami. Tak baik aniaya orang. Bila nak bayar tu?
“Enam bulan bukan enam minggu, tapi enam bukan tak bergaji. Kerja pergi kerja, gaji tak nak bayar.
“Macam ni anda bela nasib pemain yang pernah berbakti kepada negara? Awal-awal tahun 2022 dah lewat bayar lepas tu sikit-sikit pula,” tulis Mat Yo baru-baru ini.
Sumber: Instagram 9matyo9, Harian Metro