Malaysia dilaporkan menduduki tangga ketiga mempunyai penduduk berstatus bujang (single) di Asia Tenggara menerusi kajian dilakukan oleh Bahagian Penduduk, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Difahamkan, data yang dikongsikan tersebut adalah berkenaan peratusan populasi bujang di setiap negara di Asia Tenggara.
Menurut penjelasan mengenai data berkenaan, status ‘single’ yang dimaksudkan adalah penduduk yang dikenal pasti sebagai belum berkahwin, bercerai, berpisah dan juga balu.
Artikel lain: Malaysia Kekal Posisi, Negara Ke-19 Paling Aman Di Dunia
Data berkenaan menunjukkan negara Filipina merupakan negara teratas yang mana penduduknya dikenal pasti mempunyai status sebagai bujang ataupun ‘single’ diikuti oleh Brunei dan Malaysia.
Menurut data berkenaan, populasi bujang di Filipina adalah sebanyak 49 peratus dan diikuti Brunei sebanyak 44 peratus.
Data berkenaan juga menggariskan beberapa faktor yang menyumbang kepada peningkatan bilangan individu yang memilih untuk bujang berbanding memiliki keluarga.
Ini termasuklah pandangan mereka terhadap institusi perkahwinan, peningkatan ekonomi dan juga peningkatan keperluan sosial buat mereka yang masih bujang.
Sumber: seasia