Pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan mendedahkan dia pernah dipenjara selama sehari gara-gara memberi ugutan kepada wartawan untuk membunuhnya.
Menurut laporan The Indian Express, insiden itu berlaku ketika awal pembabitan pelakon berusia 56 tahun itu dalam industri perfileman Bollywood.
Ketika menceburi dunia hiburan pada usia muda, dia mengakui mempunyai sikap panas baran tambahan pula digosipkan tidur bersama seorang pengarah filem yang telah memburukkan namanya.
Susulan itu, dia bertindak mengugut wartawan yang menyebarkan khabar angin berkenaan sehinggakan dia ditahan polis dan terpaksa bermalam selama sehari di dalam penjara.
“Ketika itu saya masih muda dan berdarah panas. Isunya timbul selepas keluar sebuah artikel gosip seorang aktres yang juga rakan baik saya tidur bersama seorang pengarah filem.
“Saya sangat marah dan telah menengking wartawan tersebut ketika menemuinya. Ketika itulah saya telah mengugut untuk memukulnya,” kata Shah Rukh Khan.
Sumber: Kosmo (Mohamad Shahemy Azmi)