Selebriti terkenal antarabangsa, Kim Kardashian memberitahu dirinya tidak berminat mahu menjalinkan hubungan percintaan dengan mana-mana lelaki selepas rumah tangganya bersama penyanyi Kanye West musnah.
Dalam pada itu, selebriti berusia 41 tahun mengatakan dia mahu mencari teman lelaki atau pasangan hidup bukan dalam kalangan dunia hiburan dan terkenal seperti dirinya.
“Saya fikir mereka mungkin terdiri daripada saintis, pakar saraf, biokimia, doktor dan peguam. Mungkin itualah yang saya bayangkan pada masa hadapan,”katanya mengenai teman hidup pilihan.
Bagaimanapun, buat masa sekarang ini dia mahu meluangkan masa kepada dirinya dan pelajaran dalam jurusan undang-undang.
“Saya hanya mahu berehat sebentar. Saya fikir saya memerlukan sedikit masa untuk diri sendiri, anak-anak dan fokus menamatkan pengajian dalam jurusan undang-undang. Itu sahaja,”jelas Kim.
Sekadar info, Kim Kardashian menikah buat kali ketiga bersama Kanye West dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, Saint, Chicago dan Psalm.
Sebelum ini, rakan baik kepada selebriti Paris Hilton pernah bernikah dengan bekas pemain bola keranjang, Kris Humphries, produser muzik, Damon Thomas.
Sebaik sahaja Kim bercerai dengan Kanye West atau dikenali Ye, dia menjalinkan hubungan percintaan bersama pelawak, Pete Davidson.
Sumber: news24