Peguam yang sedang hangat diperkatakan, Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional (MN) dalam satu wawancara khas podcast New Straits Times bertema ‘Beyond the Headlines’ .
Mengesahkan dakwaan sebelum ini
Memetik laporan dari Sinar Harian, Nik Elin atau nama sebenarnya Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan dakwaan tersebut susulan khabar angin yang mengatakan dia adalah ahli MN sebelum ini.
Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional, dijemput oleh presiden untuk sertai
Ujarnya, dia telah dijemput sendiri presidennya, Tan Sri Annuar Musa bagi bersama-sama dalam MN dan menerimanya kerana tertarik dengan penekanan tentang perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang diketengahkan.
“Presiden MN sendiri jemput saya dan apabila menyemak laman sesawang mereka, ia sangat bagus dalam menekankan perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang saya percaya bermanfaat untuk negara.
“Saya memohon keahlian secara dalam talian dan diluluskan serta-merta,” katanya.
Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional, isu jadi bualan lepas viral
Sebelum ini, Nik Elin, 62 bersama anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, 26, telah menjadi bualan di media sosial susulan mengemukakan petisyen mencabar Perlembagaan berhubung peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada 25 Mei 2022.
Artikel lain: Nik Elin Nafi ‘Imamkan’ Suami, Cuma Pimpin & Ajar Solat
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen berkenaan adalah terbatal dan tidak sah.
Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.
Jelas Nik Elin, dia dan anaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan politik sewaktu mencabar 18 peruntukan berkenaan.
Sumber: Sinar Harian (Nurul Aisyah Mohd Basaruddin)