Peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid menafikan dakwaan dia ‘mengimamkan’ suami ketika solat, sebaliknya hanya memimpin dan mengajar lelaki itu mengerjakan ibadah itu.
Nik Elin nafi imamkan suami, cuma pimpin solat
Nik Elin yang mesra disapa Kak Lin dalam sebuah video podcast memberitahu, suaminya merupakan seorang mualaf.
Ia sekali gus membuatkan dia bertanggungjawab untuk membimbing dan memberi panduan dalam melaksanakan rukun Islam kedua itu.
“Kak Lin (Nik Elin) berkahwin dengan seorang mualaf, bila berkahwin dengan mualaf dan kita travel (menggembara) banyak negara, misalnya China, Itali. Tak ada masjid dia (suami) nak pergi solat.
“Dia sendiri yang nak solat dengan Kak Lin. Takanlah Kak Lin nak sembahyang seorang diri, dia dah masuk Islam. Takkan Kak Lin sembahyang tak ajak dia.
“Jadi, Kak Lin memimpin dan bukan mengimamkan,”jelasnya.
Artikel lain: “Saya Balik Kelantan Tidak Kena Kecaman Pun, Semua Sokong..”- Nik Elin
Hanya baca ayat, bukan duduk depan jadi imam
Peguam berusia 62 tahun itu berkata, memimpin yang dilakukan olehnya adalah berdiri di sebelah kiri dan membelakangi sedikit sahaja daripada suami.
“Kak Lin baca semua ayat dan sembahyang sekali. Bukan duduk depan dia, jadi imam dia. Nanti macam mana Kak Lin nak mengajar?”katanya lagi.
Dalam video dimuat naik Jangan Pajak Otak di platform TikTok, Nik Elin juga berkongsi ramai yang mempersoalkan suaminya tidak solat di masjid.
“Di China subuh pukul 4 pagi, nak pergi masjid buat apa. Kita duduk dalam hotel, senang-senang.
“Apabila Kak Lin baca dan belajar semua ni, Ummu Waraqah adalah seorang wanita semasa zaman Rasullullah yang memimpin lelaki di rumah dia untuk solat. Sebab dia memang pandai.
“Rasullullah sendiri telah memilih seorang untuk mengazankan, jadi bukan sesuatu yang peliklah. Itu memang satu kontroversi.. ramai tak boleh terima. Tapi suami Kak Lin mualaf yang nak belajar dan patut orang bertepuklah ‘bagus Kak Lin bawa masuk orang Islam’,” katanya.
Nik Elin juga mendakwa, kenyataan yang dimuat naiknya pada platform Facebook telah dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Tegasnya lagi, dia tidak pernah mengatakan dirinya ‘mengimamkan’ dua anak lelaki sewaktu membesarkan mereka di Kelantan.
Sebaliknya, menjemput ustaz bagi mengajar mereka pendidikan agama di rumah.
“Ia daripada perkataan ‘by the way’. ‘By the way I have led my husband in prayer’. Kita mengajar dia dan dimanupulasi.
“Tak pernah Kak Lin kata imamkan dua anak lelaki. Masa membesar, ada tok guru datang setiap hari di rumah ajar al-Quran dan solat maghrib bersama selepas ayah sudah tiada. Tok guru Haji Ming, dia ajar al-Quran dan sembahyang,” katanya lagi.
@janganpajakotak Berikutan kemenangan Nik Elin semalam, muncul pula tuduhan-tuduhan jahat yang mengatakan beliau mengimamkan suaminya solat. Tonton video ini untuk penjelasan penuh beliau. #JPOEPS8 #fyp #fypシ #fypmalaysia
Sumber: TikTok @janganpajakotak