Baru-baru ini, bintang K-Pop popular, Lisa BLACKPINK tubuh agensi sulungnya iaitu LLOUD bagi menguruskan karier hiburan dan muziknya telah berjaya menarik perhatian ramai.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh penyanyi yang berusia 27 tahun itu di laman Instagramnya dengan memperkenalkan agensi tersebut kepada orang ramai.
Lisa BLACKPINK tubuh agensi LLOUD
Artikel lain: Lisa BLACKPINK Sokong Pereka Fesyen ‘Negara Bergolak’ Raih Pujian Ramai
“Memperkenalkan LLOUD, platform untuk mempamerkan visi saya dalam muzik dan hiburan. Sertai saya dalam perjalanan yang menarik ini untuk menempuh sempadan baharu bersama-sama,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Tahniah Lisa!
Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terutamanya peminat menzahirkan ucapan tahniah kepada Lisa atas pencapaiannya membuka agensi sulungnya itu.
Ramai berminat untuk sertai dibawah agensi Lisa
Bukan itu sahaja, ramai yang meluahkan rasa teruja dan berminat untuk bekerja di bawah syarikat penyanyi kelahiran Thailand tersebut.
Terdahulu, salah seorang ahli BLACKPINk iaitu Jennie turut menubuhkan agensi sendiri yang dikenali sebagai OA.
Sumber: Instagram @Lisa BLACKPINK