Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Dituduh Ada Rasuah, Sanusi Cadang SPRM Ambil Alih KDA FC

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor secara sinis mencadangkan agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ambil alih pengurusan kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA FC).

Sanusi cadang SPRM ambil alih KDA FC

Beliau berkata, gangguan yang dilakukan SPRM dengan melakukan siasatan dan tangkapan ke atas beberapa individu termasuk CEO Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) kononnya terlibat rasuah turut menjejaskan KDA FC.

Menurut Muhammad Sanusi, KFA sudah mengatur rancangan untuk mencari dana kepada pasukan tetapi terpaksa dibatalkan kerana siasatan SPRM.

“Orang bukan faham sangat KFA, KDA FC. Orang tahu pasukan bola saja. Bila dibuat tangkapan lepas itu dituduh ada rasuah padahal tak ada, maka penaja-penaja kepada KDA FC pun lari.
“Depa kata ada rasuah. Jadi saya cadangkan SPRM ambil alih pasukan bola sepak KDA FC. Dah hangpa pandai sangat pi tadbir pasukan bola tu, bayar gaji,” katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Exco, hari ini.

SPRM ambil alih pengurusan KDA FC

Bukan KDA FC sahaja, sumbangan dana dah lama berlaku

Katanya lagi, budaya menyumbang dana kepada industri sukan melalui persatuan bola sepak negeri-negeri sudah lama bermula, sejak 1924 lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya tahu ada ketika dahulu bila tak ada duit terpaksa tebang kayu balak maka dapatlah imbuhan untuk biaya pasukan. Tapi bila semua ini dikacau seolah-olah nak gambarkan keadaan kita buruk, maka bola pun terima nasib.
“Saya beritahu awal dulu lagi depa kata saya suka cari gaduh. Siapa yang buat tetapan terlalu tinggi sampai ke peringkat ini sehingga pasukan tak boleh bayar gaji, negeri-negeri lain tak boleh ikut, kalau itu tidak dilakukan saya rasa keadaan ini (tunggakan gaji) tak berlaku.
“Kita (KFA) buat elok dah, saya pun dah ambil alih sejak empat tahun dulu boleh selesai masalah hutang, boleh mula bayar gaji tiba-tiba pi dok kacau macam tu, rosak habis semua sampaikan sekarang ini tak boleh bayar gaji,” ujar Muhammad Sanusi.

Artikel lain: Isu Dakwaan Rasuah KFA : Sanusi Sedia Beri Kerjasama Kepada SPRM

Muhammad Sanusi berkata, KDA FC akan ‘hilang’ daripada menyertai Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada musim depan sekiranya keadaan itu berterusan.

Disoal mengenai tunggakan gaji pemain, beliau mengatakan dirinya tidak boleh mencampuri urusan kelab itu kerana ia telah diswastakan menjadi sebuah syarikat.

Bagaimanapun, pemilik KDA FC, Tan Sri Mohd. Daud Bakar sedang bertungkus-lumus cuba menyelesaikan masalah tunggakan gaji.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Oleh itu, beliau berharap agar masalah yang dihadapi oleh kelab tersebut dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Masa pasukan di bawah KFA lagi saya sudah tegaskan tidak akan guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji kepada pemain sebab ini duit orang ramai. Bila sudah diswastakan menjadi tanggungjawab syarikat itu lah,”jelas beliau.

Terdahulu, empat lelaki termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KFA ditahan kerana disyaki meminta serta menerima wang rasuah lebih RM6 juta, empat tahun lalu.

Bukan itu sahaja, ia turut ‘panas’ dengan isu tunggakan gaji pemain Liga Super dan pasukan KDA FC B yang tertunggak sehingga empat bulan.

Seterusnya, peletakkan jawatan CEO KDA FC, Khamal Idris Ali ‘memanaskan’ lagi keadaan semasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo! Online (Norlida Akmar Idros)

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd