Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suami Isteri Ganggu Penunggang Motosikal Ada Tiga Rekod Jenayah, Kad OKU

Suami iseri yang ganggu penunggang motosikal di Jambatan Pulau Pinang, baru-baru ini dilaporkan mempunyai tiga rekod jenayah jampau, termasuk pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Suami isteri ganggu penunggang motosikal

Memetik laporan BH Online, Ketua Polis negeri, Datuk Khaw Kok Chin berkata, hasil semakan mendapati pasangan suami isteri ganggu penunggang motosikal lain itu mempunyai rekod jenayah.

Ujarnya lagi, mereka akan menyemak semula sama ada suspek wanita tersebut mempunyai masalah mental, termasuk status kad OKU.

“Berdasarkan semakan, suspek lelaki dan wanita ini ada tiga rekod jenayah lampau dan sama ada suspek wanita ada masalah mental, kita akan semak termasuk juga status (pemegang kad OKU) yang hal ini kita sedang siasat.
“Bagaimanapun, dalam hal ini kita tegaskan bahawa salah tetap salah,” katanya.

suami isteri ganggu

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat Tahun Baharu Cina di Plaza Tol Sungai Dua, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kok Chin berkata, perbuatan yang dilakukan oleh pasangan suami isteri itu tetap salah meskipun salah seorang suspek mempunyai kad OKU.

Mengulas lanjut, Kok Chin berkata, polis membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan berhubung kes itu.

“Perintah reman selama empat hari sudah diperoleh bermula hari ini hingga 10 Februari (Sabtu ini) untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

suami isteri ganggu

Artikel lain: Dikejar 28 MPV Polis, Pemandu Bezza Rupanya Ada 11 Rekod Jenayah

Ditanya status sebenar hubungan kedua-dua suspek, Kok Chin berkata, pengesahan awal yang diterima bahawa mereka berdua adalah pasangan suami isteri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, maklumat terkini yang diperoleh, suspek lelaki itu sudah memeluk agama Islam manakala suspek wanita pula berbangsa Cina.

“Kalau ikut undang-undang apabila lelaki (Cina ) masuk Islam automatik isteri pun beragama Islam. Hal ini kita akan confirm (sahkan) kemudian,” jelas Kok Chin.

suami isteri ganggu

Semalam, kedua-dua suspek itu ditahan polis di Georgetown susulan video tular itu.

Ia memaparkan pasangan berkenaan melempar pasir dan menendang pengguna jalan dalam satu kejadian tular di Jambatan Pulau Pinang, semalam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Written By Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd