Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

KWSP Umum Ahli Boleh Guna Akaun 2 Beli Insurans Bagi Ahli Keluarga

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan ahli boleh menggunakan dana dalam Akaun 2 beli insurans hayat dan penyakit kritikal serta takaful bagi ahli keluarga terdekat.

Akaun 2 beli insurans

Menurut satu kenyataan, di bawah i-Lindung Fasa 2, ahli yang ingin membeli insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP untuk diri mereka sendiri atau ahli keluarga terdekat boleh berbuat demikian melalui platform i-Lindung dalam aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun (ahli).

Foto: BERNAMA

Lebih 102,301 ahli membeli sejumlah 118,166 polisi dan produk takaful melalui platform i-Lindung, yang meliputi perlindungan insurans hayat dan penyakit kritikal pada premium berpatutan, sejak ia dilancarkan pada Julai 2022 hingga Disember tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

https://www.facebook.com/bernamaradio/posts/pfbid0NVw99ciQxygHHfkWLs4huqBbHGt5dqRPGcDpqMHjAxKfHX9c3QevFDFzdZ9CfzTSl

Artikel lain: Penjawat Awam Baharu Tidak Lagi Berpencen, Perlu Carum KWSP -TPM

“Penambahbaikan ini merupakan satu kemajuan penting dalam evolusi platform i-Lindung yang menggabungkan produk perlindungan jangka panjang untuk ahli dan keluarga,” kata kenyataan itu hari ini.

Foto: BERNAMA

Platform yang dinaik taraf menawarkan ciri seperti pengurusan dasar yang diperkemas, pembayaran berulang yang mudah untuk perlindungan jangka panjang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Dagang News

Written By Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Kerabat diraja Pahang Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman,20, diheret ke Mahkamah Majistret Kuantan atas pertuduhan mencederakan seorang lelaki menggunakan pisau pada Jun lalu,...

Spotlight

Setelah mendapat permintaan yang amat tinggi untuk konsert di Seoul, Korea, kumpulan Kpop terkenal dan sensasi, 2NE1 akhirnya bakal melabuhkan sayap mereka ke Kuala...

Filem

Filem komedi seram, Don Dukun berjaya menambat hati penonton sekaligus menerima kutipan sebanyak RM3 juta di pawagam hanya dalam tempoh enam hari tayangan. Memetik...

Bisnes

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) beku beberapa akaun bank peribadi dan syarikat pemilik platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd