Pelumba berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang raih emas di Adelaide dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang berlangsung pada 3 Februari 2024.
Bukti reputasi masih berbisa
Memetik laporan dari Berita Harian, Azizulhasni, 36, telah mempamerkan kayuhan cukup bertenaga dalam acara keirin sekaligus membuktikan reputasinya sebagai antara pelumba basikal terbaik dunia.
Azizulhasni raih emas, tewaskan dua wakil Jepun
Atlet yang mendapat julukan ‘The Pocket Rocketman’ itu telah menewaskan dua wakil dari Jepun iaitu Jepun, Shinji Nakano dan Kaiya Ota yang berpuas hati di tempat kedua serta ketiga.
Menerusi Instagram miliknya, anak kelahiran Terengga
Azizulhasni raih emas, ucap terima kasih kepada yang menyokong
Dia juga itu telah memuat naik momen sewaktu memenangi perlumbaan yang sudah pasti membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Mengakui bahawa perlumbaan tersebut antara yang luar biasa, dia mengucapkan ribuan terima kasih diatas sokongan diberikan sehingga berjaya mengharumkan nama Malaysia buat kesekian kali.
Artikel lain: Azizulhasni Hampir ‘Ditendang’ Keluar Kejohanan Gara2 Mesej ‘Save Gaza’
Pada peringkat pertama, Azizulhasni dilihat mudah apabila menjuarai saringan keempat untuk melayakkan diri ke separuh akhir dalam kejuaran tersebut.
Di peringkat separuh akhir, dia selesa berada di kedudukan ketiga terbaik sekali gus layak ke final dan menempah pingat emas untuk acara berkenaan.
Kemenangannya dalam Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa ini mengukuhkan lagi tempatnya untuk bersaing di Olimpik Paris yang bakal berlangsung pada Ogos nanti.
Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah), Instagram azizulhasniawang