Baru-baru ini, tular sebuah video di media memaparkan pelancong dari China dakwa makanan di Malaysia tak sedap.
Menerusi satu perkongsian di X, @mandarinjer memuat naik video menunjukkan seorang pelancong lelaki didakwa bersama teman wanitanya mengkritik semua makanan di negara ini tidak sedap.
Laki Bini Biadap dari China Kata Makanan Malaysia Tak Sedap
Katanya sanggup bawa Mee Maggie dari negara asalsekali Brother Chinese Malaysian Sound Balik siap maki2 lagi
Mantap dia sound balik pic.twitter.com/8Mqktgpq0h— Mandarinjer (@mandarinjer) February 1, 2024
Menurut pelancong tersebut, orang luar perlu membawa mi segera dari negara sendiri sekiranya mahu datang melawat Malaysia.
“Datang ke Malaysia kena bawa mi segera. Sini bukan je kedai makan tak sedap, mi segera kat sini pun tak sedap. Awak perlu bawa mi segera yang kena dengan selera dari rumah.
“Mi ni rasa biasa-biasa sahaja,” kata pelancong tersebut ketika di sebuah kedai makan.
Teman wanita kepada pelancong itu turut bersetuju lalu menyuruh orang luar untuk membawa makanan yang kena dengan tekak sendiri.
Pelancong China dakwa makanan Malaysia tak sedap
“Saya rasa awak perlu ingat untuk bawa mi segera dan lauk pauk. Tak sesuai makan sini, saya kat sini berapa hari dah kurus,” ujar teman wanitanya.
Walau bagaimanapun, seorang lelaki Cina tampil dengan sebuah video menyifatkan perkongsian daripada pasangan terbabit agak kasar.
Pada masa sama, dia juga menyatakan bahawa Malaysia dan China sudah lama menjalinkan hubungan dimana Tugu Zheng Ho yang terletak di Kuching merupakan simboliknya.
“Video saya ini bukan teguran kepada semua orang China. Di Kuching, ramai peniaga dari China lagi-lagi berniaga makan.
“Orang China yang saya kenal, semua orang baik-baik. Mereka mudah menyesuaikan diri dengan budaya setempat.
“Tapi korang berdua ni kan, dari China datang Malaysia untuk cakap makanan tak sedap. Sanggup makan mi segera,” kata lelaki tersebut.
Tambah lelaki itu, dia sendiri pernah ke China dan mengakui bahawa terdapat makanan di negara itu yang kurang sedap.
“Saya sendiri pun pernah pergi China sebelum ini. Banyak je makanan yang saya rasa tak sedap bagi saya. Sehinggakan rasa tu, memang tak kena langsung.
“Awak cakap sedap, tapi bagi kami tak sedap. Kenapa? Sebab kami sendiri tak buat research, kami tak tahu mana makanan sedap.
“Tapi kalau ada rakan dari internet yang cadangkan kami tempat makan sedap, kami akan pergi try.
“Kamu berdua pula datang Malaysia, research tak buat tiba-tiba cakap makanan Malaysia tak sedap. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,” luah lelaki berkenaan.
Malah, dia menyifatkan pasangan itu telah memalukan orang-orang Cina yang berada di Malaysia kerana membuat video seperti itu.
“Orang dari China dan orang Cina ramai di sini, perangai korang berdua je yang teruk. Sampai orang China pun malu dengan korang, datang Malaysia menjatuhkan air muka je,” ujarnya.
Kalau nak datang satu tempat baru itu, eloklah buat kajian dulu terutama berkaitan dengan makanan. Baru puas hati, takdelah menyesal.
Sumber: X @mandarinjer