Tindakan penyerang pasukan Iraq, Aymen Hussein rai jaringan gol makan rumput telah mengundang padah apabila dilayangkan kad merah.
Tindakan undang padah
Memetik laporan dari The Sun, kejayaan menjaringkan gol telah dirai dengan cara pelik oleh Aymen apabila duduk bersila dan makan rumput dalam perlawanan yang memperlihatkan pasukannya tewas kepada Jordan 3-2 dalam pusingan 16 terakhir Piala Asia.
Rai jaringan gol makan rumput ketika gol kedua
Dalam perlawanan tersebut, Jordan telah menjaringkan gol terlebih dahulu di masa kecederaan babak pertama sebelum Iraq membalas dengan dua gol dalam tempoh lapan minit.
Walau bagaimanapun, pada minit ke-76, Hussein telah menjaringkan gol dan berlari melepasi papan iklan untuk meraikan gol namun tidak ke arah penonton.
Rai jaringan gol makan rumput hingga dapat kad kuning kedua
Tidak lama selepas itu, dia telah masuk semula ke dalam padang dan duduk bersila serta kelihatan seolah-olah makan rumput, mengajuk apa yang dilakukan pemain Jordan selepas mereka meledak gol pada babak pertama.
Tindakan yang dilakukan beberapa saat sebelum menuju ke tengah padang mengundang padah setelah pengadil perlawanan, Alireza Faghani datang dan memberikan kad kuning kedua disebabkan caranya meraikan gol.
Jordan ambil peluang ledak gol ke-3
Hussein telah diarah keluar daripada padang setelah kad merah dilayangkan susulan insiden tersebut walaupun dia seakan tidak boleh menerima keputusan yang dibuat pengadil.
Pasukan Jordan telah mengambil peluang tersebut dengan menyamakan kedudukan pada minit ke-95 menerusi Yazan Al-Arab, sebelum Nizar Al-Rashdan meledak masuk gol kemenangan dua minit kemudian.
Artikel lain: Piala Asia: Perlawanan Sengit Malaysia, Korea Selatan Dipuji FIFA
Mereka juga meraikan momen layak ke peringkat seterusnya dengan cara ‘makan rumput’ seusai tamat wisel untuk perlawanan kontroversi itu.
Ketua jurulatih Iraq nyata berang dengan insiden Ayeman Hussein dibuang padang memandangkan ia telah mengubah rentak perlawanan pasukannya sekaligus berasa kesal kerana Jordan juga meraikan jaringan gol dengan cara tersebut namun tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Sumber: The Sun