Bukan saja di Hollywood, kemangkatan Ratu Elizabeth II turut mendapat penghormatan daripada selebriti serata dunia termasuk artis di Bollywood.
Malah, pelakon Kareena Kapoor juga menunjukkan rasa prihatin dengan memuat naik satu InstaStory memaparkan foto Putera Charles yang kini sudah dinobatkan sebagai Raja Charles III.
Memetik laporan NEWS18, pelakon berusia 42 tahun itu tidak menulis sebarang ayat dan hanya meletakkan emoji berbentuk hati pada foto tersebut.
Bagaimanapun, tindakan itu menerima kecaman hebat apabila segelintir netizen berdebat soal sejarah berhubung penjajahan British yang menakluki India selama beberapa dekad.
Antara perbualan netizen di web Reddit
Selain itu, ada juga individu mendakwa Kareena berbuat demikian mungkin kerana suaminya yang juga pelakon Saif Ali Khan dilaporkan adalah keturunan keluarga diraja India.
Terdahulu, Ratu Elizabeth II mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada 8 September.
Baginda ialah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.
Sumber: NEWS18 , Instagram Kareena Kapoor